Wednesday 9 March 2011

TALIAN 66KV MELAWA PUTUS DIPANAH PETIR



Oleh: MEDIA SESB

Bekalan elektrik ke kawasan sekitar Tuaran, Sepanggar dan Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) telah terjejas selepas kedua-dua talian (line 1 dan line 2) 66 kV (kiloVolt) Melawa-Inanam putus dipanah petir pada jam 4.02 petang kelmarin (8 Mac 2011).

Kejadian ini juga menyebabkan Stesen Janakuasa Bebas (IPP) ARL Tenaga dan Stesen Janakuasa Melawa milik SESB terpelantik dan seterusnya menyebabkan SESB kehilangan kapasiti janaan sebanyak 42MW (Megawatt).

Bekalan telah berjaya dipulihkan secara berperingkat-peringkat pada jam 4.38 petang pada hari yang sama.

6 comments:

  1. Amat bagus kerana bekalan berjaya dipulihkan pada hari yang sama. Tak perlu tunggu lama.

    ReplyDelete
  2. tahniah kepada SESB kerana dpt mengatasi hal ini dgn segera.

    ReplyDelete
  3. baguslah keadaan berjaya dipulihkan pada hari yang sama.

    ReplyDelete
  4. Apa pun masalah telah diselesaikan..

    ReplyDelete
  5. Bagus jugalah, laju tindakan yang dibuat:)

    ReplyDelete
  6. Semoga sesb akan terus berusaha meningkatkan kualiti perkhidamatan.

    ReplyDelete