Friday 11 March 2011

TANAH RUNTUH DI JALAN DATUK TAY TERBIAR



Oleh: CHANG SHAK HUNG

KEJADIAN tanah runtuh yang berlaku di Sandakan selepas hujan turun lebat akhir bulan Januari 2011, telah menyebabkan penduduk di Sandakan menanggung kesengsaraan. Salah satu jalan yang ditinjau bersama dengan Jasman, wakil dari JKR Sandakan adalah di Jalan Datuk Tay, Batu 8, Sandakan.

Melalui aduan yang diajukan kepada Jasman, sebahagian jalan tersebut telah dihalang oleh runtuhan tanah yang terhakis akibat daripada air hujan lebat. Pengguna jalan tersebut yang mana ia terdiri daripada pekerja di Libaran Power Plant, kilang menjual batu serta dua buah kilang perkapalan dan kilang pemprosesan yang lain, hanya terpaksa mengharap dan tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan ketiadaan bantuan dari segi peruntukan untuk mengatasi permasalahan ini.

Apa yang mendukacitakan adalah segala persiapan untuk langkah kawalan dan laporan berhubung dengan kejadian tersebut telah siap sepenuhnya dan yang menjadi halangan adalah peruntukan yang diperlukan tidak sampai dalam keadaan yang begitu mengharapkan. Sekali lagi kerajaan BN gagal mendahulukan rakyat dan pencapaian yang begitu tidak diutamakan oleh pihak kerajaan negeri dan persekutuan.

Jalan berkenaan yang dikelolakan oleh pihak JKR Sandakan, namun melalui tinjauan yang dibuat, ia begitu memeritkan pengguna jalan tersebut memandangkan hanya satu laluan yang boleh dilalui dan kesan daripada runtuhan tersebut telah menyebabkan ia menjadi jalan berbecak apabila hujan turun dan berhabuk tebal apabila tidak hujan.

Kejadian tanah runtuh bukanlah diminta tetapi peruntukan yang dipinta untuk mengatasi masalah tersebut seolah-olah kita terpaksa untuk merayu bagi mendapatkannya apabila sesuatu bencana berlaku. Bagaimana perasaan mereka yang terlibat dapat dikawal apabila tidak mendapat perhatian daripada pihak berwajib untuk mengatasi sesuatu permasalahan rakyat.

Tidak adillah kerajaan BN yang dipilih hanya pandai memberi janji dari segi memberi peruntukan segera bagi mengatasi bencana tetapi peruntukan yang ditunggu tidak jua sampai! Sampai bila kita harus berhadapan dengan pihak kerajaan yang tidak endahkan keperluan dan kehendak rakyat setempat terutamanya dalam keadaan yang genting dan begitu mendesak?

8 comments:

  1. The relevant authorities and JKR should take action in handling this complaint.

    ReplyDelete
  2. Kenapa masalah jalan tersebut dibiarkan?Pastikan masalah ini diatasi secepat mungkin.

    ReplyDelete
  3. Bahaya ni kalau terus dibiarkan., Tak pasal2 timbul isu baru pula.

    ReplyDelete
  4. Semoga perkara ini mendapat perhatian sewajarnya demi kepentingan bersama.

    ReplyDelete
  5. hal ini perlu segera diselesaikan demi keselamatan penduduk.

    ReplyDelete
  6. adakah aduan itu sampai kepada pihak yang berkenaan? jika belum atau baru sahaja diajukan, tidak perlulah terus buat kesimpulan bahawa BN gagal mendahulukan rakyat. jika pembangkang sekalipun dipertanggungjawabkan untuk mentadbir Sabah, masalah seperti ini tidak akan mampu diselesaikan dalam sekelip mata.

    ReplyDelete
  7. Sepatutnya aduan dilakukan dan pihak berkuasa perlu membersihkan kawasan yang terkena tanah runtuh berkenaan.

    ReplyDelete
  8. Tanah runtuh ini patut ditangani oleh jabatan yang berkaitan.

    ReplyDelete