Friday 11 March 2011

TANGKAP LANUN LIGS YANG HISAP DARAH PENOREH



Saudara Pengarang,

SAYA tertarik dengan artikel yang dimuatkan dalam portal Sabahkini.net bertajuk ‘Skandal ‘Rubber Gate’ ancam Sabah’ yang banyak mendedahkan salahlaku dalam pengurusan LIGS menyebabkan ramai penoreh getah tersiksa dengan masalah bayaran lambat.

Saya hairan dalam keadaan harga getah yang begitu baik dan stabil pada ketika ini di pasaran antarabangsa, meskipun di pihak pengusaha akar umbi, khususnya penoreh getah dibayar dengan umpama ‘peanuts’, rupa-rupanya ada ‘hantu’ yang merosakkan kestabilan perusahaan LIGS.

‘Hantu-hantu’ itu perlu dicekup untuk dibanteras oleh pihak berkuasa seperti SPRM sebelum darah peneroka dan penoreh getah habis kering dihisapnya, termasuklah ‘ikan- ikan besar’ yang mengatur strategi tersebut.

Tahukah ‘hantu -antu’ itu betapa peritnya penderitaan kami sebagai penoreh getah yang terpaksa turun ke ladang getah jam 4 pagi setiap hari tetapi terpaksa akur dengan pembayaran lewat sehingga 2 atau 3 minggu untuk dilunaskan, rupa-rupanya ada skandal di sebaliknya.

Kita tahu bahawa LIGS wujud sebelum Sabah Merdeka sebagai salah satu agensi kerajaan yang bertanggung jawab membeli ‘lateks’ dan kepingan getah daripada pekebun kecil getah dengan harga yang stabil; tetapi dakwaan LIGS kekurangan modal pusingan untuk menjana kos pembelian tidak masuk akal.

Tidak hairanlah kerajaan menggantung pengurusan LIGS baru-baru ini untuk memberi laluan kepada pembubaran struktur pentadbiran termasuk menyusun semula Ahli-Ahli Lembaga Pengarah LIGS kerana dipercayai tidak cekap dalam mengurus Tadbir LIGS sehingga berhutang dengan akar umbi.

Kerajaan BN perlu serius dan tegas dalam mengambil tindakan terhadap petualang- petualang yang menjadi ‘hantu’ dalam LIGS, kerana selagi ‘hantu-hantu’ itu berada dalam LIGS, nasib sesuap nasi pekebun kecil getah akan tergugat dan tidak mustahil pula suatu hari nanti menjadi pengemis di jalanan.

Sekian,

GONSUBIN YOSUNDANG.

19 comments:

  1. The director of LIGS was already switched. Maybe this new directors can put things to rights.

    ReplyDelete
  2. pengurusan LIGS perlu lebih sitematik dan teratur. mana2 'hantu2' dalam LIGS harus disingkirkan kerana mereka inilah yang mencemar dan menyusahkan LIGS dan pekebun kecil getah.

    ReplyDelete
  3. harap masalah yang ada dapat diselesaikan demi kebaikan semua..

    ReplyDelete
  4. Sabar bah....setahu saya Musa Aman sudah ambil langkah penyelesaian dengan tukarkan pentadbiran LIGS tu...maybe ambil masa sikit utk selesaikan masalah ini...apabila semua "kambing2 hitam" dalam LIGS dikenal pasti & dikeluarkan dr LIGS, sya pasti LIGS akan berupaya utk bangun semula...

    ReplyDelete
  5. jia benar pentadbiran LIGS teleh dirombak. ia adalah baik bagai memastikan keberkesanan dan pengurusan LIGS.

    ReplyDelete
  6. Nampaknya LIGS perlulah adil dengan penoreh.Janganlah sampai mencekik pendapatan mereka.

    ReplyDelete
  7. Semoga masalah ini akan dapat ditangani nanti. Nampaknya memang perlu ketua-ketua LIGS ini ditukar untuk mengelak perkara yang sama berlaku lagi.

    ReplyDelete
  8. Mana pihak yang bertanggungjawab? sila tampil untuk menyelesaikan kes ini!

    ReplyDelete
  9. Bila harga getah naik mendadak inilah yang akan berlaku. Kepada yang menjadi mangsa sila tampil untuk sama2 berjuang.

    ReplyDelete
  10. rombakan sudah dilakukan..

    ReplyDelete
  11. diharap selepas ini pengurusan LIGS akan lebih teratur.

    ReplyDelete
  12. 'hantu2' tersebut harus diambil tindakan yang tegas..

    ReplyDelete
  13. sekurang2nya ia dilunaskan, bukannya diambil terus oleh pihak LIGS. bagaimana agaknya jika LIGS tiada? dimana penoreh2 getah ini hendak memasarkan hasil mereka?

    ReplyDelete
  14. masalah ini sudahpun mendapat perhatian ketua menteri, dan telah ada langkah2 penyelesaian. jadi eloklah semua pihak terutamanya pekebun2 kecil dan juga ahli2 politik berhenti dari terus mempertikaikan ketelusan pihak LIGS sementara ia masih dalam proses penambahbaikan.

    ReplyDelete
  15. lanun di ligs ni memang patut dikenakan tindakan biar jadi pengajaran. Siapa suruh buat hal kan..

    ReplyDelete
  16. Tapi CM dah campur tangan dan rombakan dah dibuat. Jadi kita harapkan agar rombakan ini membuahkan hasil positif.

    ReplyDelete
  17. Semoga rombakan yang dibuat memberi pengajaran pada setiap individu utk lebih prihatin dan terbuka mendengar permasalahan rakyat.

    ReplyDelete
  18. Jadi, kita tunggu dan lihat sajalah nanti. Semoga semuanya berjalan dengan baik.

    ReplyDelete
  19. Apapun, tindakan CM kita memang patut dipuji. Ini barulah namanya rakyat didahulukan:)

    ReplyDelete