Thursday 10 March 2011

TARIF ELEKTRIK DI LABUAN KEKAL SEJAK 1986



Oleh: MEDIA SESB

TARIF elektrik di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan masih kekal berkuatkuasa sejak tahun 1986 lagi.

Bekalan dan tarif elektrik (yang dikenakan) di kawasan Kampung Muslim, W.P.Labuan (merupakan sebuah kawasan setinggan) adalah di bawah bidang kuasa sebuah syarikat swasta yang dilantik oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Kawasan berkenaan (kawasan baru) juga mula dibekalkan dengan bekalan elektrik pada bulan Jun 2009.

Syarikat ini juga mempunyai lesen untuk membekal dan seterusnya mengutip bayaran penggunaan elektrik daripada pengguna. Lesen ini dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

Perlantikan syarikat swasta dalam mengendalikan semua urusan bekalan elektrik di kawasan setinggan juga merupakan salah satu inisiatif dalam membendung kegiatan penyambungan elektrik secara haram.

5 comments:

  1. Oo rupanya kawasan tersebut adalah kawasan setinggan. Apa pun kadar tarif tidak perlulah terlalu tinggi dan membebankan mereka.

    ReplyDelete
  2. ia dikenakan bayaran tinggi mungkin kerana ia adalah kawasan setinggan.

    ReplyDelete
  3. rupanya kawasan tersebut merupakan kawasan setinggan, patutlah keadaan ini berlaku.

    ReplyDelete
  4. Hope that the company can prevent any more squatters stealing electricity.

    ReplyDelete
  5. untuk membendung penyambungan elektrik secara haram, kenapa tidak robohkan sahaja rumah2 setinggan kg itu? kalau penempatan itu haram, apa bezanya dengan penyambungan elektrik secara haram? penyelesaiannya adalah, buka penempatan baru untuk penduduk tempatan dan hantar balik warga asing..

    ReplyDelete