Wednesday 9 March 2011

TIADA PEMBAIK-PULIHAN, ZERO PENAMBAH-BAIKAN



DALAM….Lopak sedalam 2 kaki di tengah jalan. Kini lopak berkenaan runtuh dan jalan alternatif sukar dilalui kenderaan kecil.

Oleh: MEDIA PBS

PENDUDUK kampung Kalamatoi, Tenom melahirkan rasa terkilan kerana kejadian banjir sudah tiga minggu berlaku namun proses pembaik-pulihan belum dibuat terhadap kemudahan infrastruktur asas yang rosak semasa banjir besar.

Pengerusi JKKK, Encik Andawai Ansumor ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan merayu pihak yang berkenaan agar segera mengambil tindakan yang sewajarnya. "Penduduk kampung gusar dengan musibah ini dan terkilan dengan kelembapan pihak tertentu dalam melaksanakan pembaik-pulihan."

"Kami sudah cukup menderita dengan keadaan jalanraya yang terputus akibat banjir. Ini menyulitkan kami menghantar anak ke sekolah atau memasarkan hasil pertanian," tambah Andawai Ansumor lagi.

Dalam kejadian banjir besar, 19 Februari yang lalu, hujan lebat menyebabkan air sungai Kalamatoi melimpah ke kawasan pertempatan dan merosakkan beberapa bahagian jalanraya serta kawasan pertanian.

"Hasil tanaman padi kami terjejas teruk. Air banjir yang deras menyebabkan pokok padi kami ranap dan tidak boleh dituai lagi," kata Anggoh Mayah mewakili para petani.

Turut musnah ialah tanaman lada dan pisang. Difahamkan bahawa beberapa kawasan dusun buah-buahan turut tumbang apabila tebing sungai runtuh.

Pada hari yang sama, perkahwinan di dua tempat yang berasingan di kampung yang sama turut terjejas apabila tempat berkenaan terputus hubungan dan digenangi air se dalam lutut.

"Kami terpaksa memindahkan barang dan membatalkan beberapa acara. Tidak ramai tetamu hadir dan ini menjadi sejarah hitam dalam hidup kami," kata Andukap ketika diminta mengulas perkahwinan anaknya.

Menurut Ketua Bahagian PBS Kemabong, Sabini Ansummor kejadian air melimpah merupakan kejadian yang sering berlaku di kampung ini, namun kejadian yang berlaku pada 19 Februari berkenaan adalah kejadian yang terburuk.

"Saya dan PJKKK telah beberapa kali membuat aduan berkenaan potensi banjir buruk kepada pihak berkenaan. Malangnya penyelenggaraan yang memuaskan belum dibuat sehingga kejadian ini terus berulang," komen beliau.

Menurutnya lagi, satu kertas kerja memohon kalbut sungai yang kecil diganti dengan saiz yang besar telah dikemukakan kepada Pengarah JKR pada Disember 2009 namun tidak diendahkan menyebabkan air sungai sering melimpah dan aliran yang deras merosakkan jalanraya.

"Kami selaku penduduk di sini lebih tahu akan kapasiti sungai ini. Apa yang telah kami cadangkan adalah berdasarkan pengamatan kami," kata Andawai Ansumor.

Beliau turut mengesa agar Jabatan Pengairan dan Saliran menyelenggara dan meluruskan sungai dan parit di bahagian hilir kampung.

"Air sungai tidak dapat mengalir terus ke Sungai Padas kerana saliran cetek dan bengkang bengkok selain tidak ada saluran terus ke Sungai Padas," kata Andawai lagi.

9 comments:

  1. Harap kerajaan akan mengambil perhatian dengan hal ini.

    ReplyDelete
  2. wakil rakyat daerah Tenom harus turun padang melihat sendiri keadaan tempat yg d wakili.

    ReplyDelete
  3. pembaikpilihan perlu dilakukan terhadap kewasan yang pernah dilanda banjir tersebut, ia amat menyulitkan penduduk tempatan.

    ReplyDelete
  4. harap pembaikpulihan dapat dilakukan dengan segera oleh pihak yang berkaitan. ini demi kepentingan penduduk.

    ReplyDelete
  5. masalah pendnduk ini perlulah ditangani dan diselesaikan. Ambillah tindakkan sebolehnya.

    ReplyDelete
  6. ini barulah, macam kolam ikan da. huhuhu

    ReplyDelete
  7. Semoga keluhan penduduk ini akan mendapat perhatian sewajarnya.

    ReplyDelete
  8. bila penduduk tidak buat aduan, pandai pula cakap kami tidak menerima aduan. bila ada aduan, mereka pula yang senyap duduk2 dalam ofis makan gaji. mana2 ketua jabatan yang tidak menjalankan tanggungjawab patut dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  9. Diharapkan pihak berkenaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

    ReplyDelete