Sunday 27 March 2011

TINGGALKAN PBS KERANA SIMPATI PADA ANWAR



Oleh: MEDIA PKR

SERAMAI 34 orang ahli PBS dari Kampung Masalog, DUN Melalap hari ini secara rasminya meninggalkan parti tersebut dengan semangat waja menyertai PKR Cabang Tenom beramai-ramai.

Demikian kenyataan Jumpoh Abdul Rashid Paimin yang memberi tahu Media PKR Tenom, petang kelmarin.

Acara penyerahan borang keanggotaan dari Jumpoh dan pengikutnya di kampung tersebut diadakan di rumah beliau yang diterima oleh Ketua Cabang PKR Tenom, Halik Zaman dalam misi PKR untuk menambah keanggotaan PKR Tenom.

“PBS adalah anggota komponan BN, satu perjuangan dan satu matlamat dengan sekutu rapatnya UMNO. Kami rasa terharu dan simpati dengan fitnah yang dilontarkan kepada insan yang bernama Anwar Ibrahim. Beliau dihina, diaib, termasuk anak-anak dan isteri beliau, dari orang yang sebangsa dan seagama beliau sendiri, tanpa takut kepada Allah swt,” kata Jompoh dengan linangan air mata sedih.

Jelas Jumpoh lagi, “Fitnah pertama kami anggap wallahuwaalam bisawab. Fitnah kedua kami mulai curiga dengan kejujuran Kerajaan BN yang PBS di dalamnya bersekongkol. Fitnah ketiga membawa keyakinan kepada kami semua bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim adalah mangsa fitnah dari kerakusan kuasa dari musuh-musuh politiknya bertekad untuk membunuh pengaruh politik beliau sehingga menjejaskan maruah beliau dan keluarganya.”

BN dan UMNO, kata Jumpoh, sudah keterlaluan dan beliau mengambil keputusan muktamad menyertai perjuangan Pakatan Rakyat melalui PKR kerana orang kampung terlalu simpati dengan penganiayaan terhadap diri Anwar Ibrahim.

“Kami tidak mahu tunggu lama-lama dalam PBS, takut terpalit dengan dosa-dosa fitnah,” demikian kata Jumpoh yang mengakhiri ucapannya dengan linangan air mata kesedihan di pipi.

Dalam suasana yang penuh sayu dan hiba itu, Ketua Cabang PKR Tenom Halik Zaman mengambil masa yang singkat untuk mengucapkan terima kasih kepada Jumpoh selaku tuan rumah yang membenarkan rumahnya digunakan acara pengambilan anggota baru PKR.

7 comments:

  1. This is their decision, let them go.

    ReplyDelete
  2. ini pekara biasa dalam politik. ada yang keluar parti dan akan ada yang masuk parti.

    ReplyDelete
  3. keluar masuk parti dan menjadi perkara biasa dalam politik.

    ReplyDelete
  4. fitnah itu sesuatu yang tidak benar. jadi, adakah Jumpoh sudah menyiasat tuduhan itu dan mendapati tuduhan itu tidak benar?? dan adakah Jumpoh telah menyiasat bahawa umno terlibat dengan tuduhan itu?? jika tidak bermakna Jumpoh juga sedang melakukan fitnah..

    ReplyDelete
  5. kalau takut terpalit dengan dosa2 fitnah, tidak perlu lah Jumpoh membuat fitnah terhadap umno atau mana2 pihak yang sedang mencari kebenaran disebalik kes Anwar.. kalau mahu keluar, keluarlah dengan cara sopan tanpa ada gimik politik.

    ReplyDelete
  6. Keluar masuk dan buruk memburukkan parti ni macam dah jadi satu kebiasaan pula. huhu

    ReplyDelete
  7. Apapun, pandai2 lah rakya menilai perkara ini.

    ReplyDelete