Sunday 6 March 2011

‘TULLUL PUNNYU’ SEMAKIN TIDAK TERKAWAL


TELUR... Lelaki ini menunjukkan isyarat 'O' iaitu Telur Penyu kepada bakal pelanggan yang melalui jalan Old Slipway, berhadapan Maybank Jalan Pasar.

Saudara Pengarang,

SEBAGAI pencinta alam dan pembayar cukai yang membayar gaji penguatkuasa, terutama Jabatan Kastam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Hidupan Liar, Majlis Perbandaran Sandakan dan Polis; saya agak kesal kerana mereka gagal mengawal dan mencegah penyeludupan masuk dan penjualan telur penyu secara terbuka di Sandakan.

Mungkin orang butapun tahu bahawa telur penyu atau disebut sebagai ‘Tullul Punnyu’ (Iglug) begitu mudah didapati di Sandakan yang dijual dengan harga antara 60 sen sehingga RM1.80 (bergantung kepada kesegaran dan saiz); terutama di hadapan KFC Bandar Sandakan, di Pasar Besar, Pasar Ikan dan di Maybank.

Pagi tadi, saya begitu kesal dan geram kerana seorang pembeli telah membeli dan memakan telor penyu tersebut mentah-mentah (konon untuk merangsang libido atau rangsangan seks) di dalam keretanya, tetapi membuang kulit telur penyu tersebut ke tepi jalan.

Sudahlah Bandar Sandakan ditimbuni sampah sarap, kini dipenuhi oleh telur penyu yang diseludup masuk daripada Filipina dan dijual secara terbuka di hadapan batang hidung penguatkuasa.

Alangkah malangnya nanti jika anak cucu kita tidak lagi dapat mengenali spesis haiwan yang bernama Penyu dan lebih mengenali watak Donnatello dalam kartun Ninja Turtle daripada Penyu Belimbing dan Penyu Sisik yang semakin pupus di Negara ini kerana mereka turut bertelur di merata negara, termasuk Filipina.

Salam Hormat,

PUTERI NINJA

16 comments:

  1. Selling and consuming turtle eggs are illegal. Why the authorities does not take any actions against them.

    ReplyDelete
  2. Please don't buy turtle eggs from these sellers to discourage them continue this illegal activity. Without demand, they will eventually stop supplying.

    ReplyDelete
  3. Mana pihak berkuasa tempatan? takan nak tunggu bos besar dari kk datang, baru nak buat kerja...jangan ingat bos besar di kk busy2 tak baca berita online...

    buat la sesuatu, jangan biarkan penyu2 itu kepupusan...

    ReplyDelete
  4. kita tak boleh biarkan penjualan telur penyu dgn sewenang wenangnya.

    ReplyDelete
  5. that was an illegal the police must take action on it

    ReplyDelete
  6. Semoga penjualan telur penyu ini dapat dikawal. Jika tidak masalah kepupusan pasti akan berlaku kelak.

    ReplyDelete
  7. harap pekara ini sentiasa dipantau. penjualan telur penyu menyumbang kepada kepupusan spesis penyu.

    ReplyDelete
  8. tidak cukup dengan membunuh penyu melalui pencemaran habitatnya serta perangkap jaring, kini telur penyu pula yang menjadi sasaran manusia. confirm, jika pihak berkuasa terus membutakan mata, generasi akan datang hanya kenal dengan Donnatello bukannya penyu.. haha

    ReplyDelete
  9. There is a law imposed where selling turtle eggs are illegal, yet many are still selling turtle eggs. The authority must take action action against these people.

    ReplyDelete
  10. People shouldn't not buy and consume turtle eggs. Immediately lodge a report if you come across a person selling turtle eggs. That sort of species turtle is an endangered species. We must protect it before it extinct!

    ReplyDelete
  11. selling turtle eggs are illegal. people shouldn't buy. The police must take action on it.

    ReplyDelete
  12. yg menariknya di sini, mereka2 yg menjualnya sebilangan besarnya adalah pendatang (halal/haram). saya pernah beberapa kali berkunjung ke sandakan utk tugasan rasmi dan juga pernah beberapa kali ditawarkan oleh penjual telur penyu. nak mengenali penampilan dn kelakuan mereka adalah perkara yg terlalu mudah. anda round2 sahaja sekitar bandar sandakan terutamanya di sepanjang bangunan dari permis kfc dan d sekitar pasar di belakang permis beli belah yg sedang dibuat tu.

    ReplyDelete
  13. Jangan sekali melanggani mereka yang menjual telur penyu ini. Apa yang mereka buat tu bukan saja salah di sisi undang-undang tapi akan menyebabkan kepupusan penyu.

    ReplyDelete
  14. Harap pihak polis akan berhenti membela pendatang tanpa izin dan menjalankan tanggungjawab mereka sebagai polis, iaitu memberkas penjual-penjual haram ini.

    ReplyDelete
  15. dari pembeli juga bah, tiada pembeli tiada bekalan. diorang pun rasa rugi mahu jual telur penyu.

    ReplyDelete
  16. rakyat sandakan harus diberi didikan bahawa telur penyu tidak berkaitan dengan keinginan seks.

    ADA banyak sebab mengapa anda semua tidak harus memakan telur penyu. Sebab utama, penyu semakin pupus dan tabiat memakan telurnya akan memburukkan lagi keadaan. Namun, alasan ini tidak cukup untuk menewaskan kepercayaan tradisi bahawa telur penyu boleh menguatkan tenaga batin, satu daripada 1,001 sebab mengapa telur penyu menjadi rebutan sehinggakan mereka sanggup mengeluarkan banyak wang mendapatkannya.
    Namun, sejauh mana benarnya kepercayaan ini. Setakat ini, tidak ada bukti yang mengesahkan pendapat ini, sebaliknya kajian saintifik menunjukkan telur penyu adalah sumber protein yang paling kurang khasiatnya berbanding telur lain, seperti telur ayam.
    Lebih malang lagi, telur penyu mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi iaitu antara 10 dan 15 kali lebih tinggi daripada telur ayam. Begitu juga kandungan garamnya.
    Bagaimanapun, alasan ini tidak cukup kuat untuk menghentikan keghairahan orang ramai memakan bahan yang kurang memanfaatkan ini. Telur penyu tetap menjadi rebutan sehingga penggemar sanggup membayar kira-kira RM2.50 sebiji telur sebesar bola ping pong itu.
    Ramai mengakui berasa pening apabila memakan telur penyu tetapi tidak menghentikan tabiat memakannya kerana masih yakin khasiat batin yang bakal diperoleh.
    Penemuan terbaru penyelidik Universiti Queensland, Australia seharusnya menukar persepsi penggemar makanan yang boleh dianggap eksotik ini. Kajian telur penyu di pantai negara itu dan persisiran pantai Malaysia menunjukkan telur penyu mengandungi bahan toksik yang mencemari laut dan hidupan akuatik.
    Mengesahkan penemuan awal itu, Ketua Unit Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec), Jabatan Perikanan, Dr Kamaruddin Ibrahim, berkata kajian Universiti Queensland ke atas 30 biji sampel telur penyu dari negara ini tahun lalu mendapati sebahagiannya mengandungi bahan kimia bertoksik akibat pencemaran laut.
    “Walaupun masih terlalu awal untuk mengesahkan kajian ini, kita tidak seharusnya memandang ringan penemuan ini, lebih-lebih lagi dengan kesedaran yang semakin meningkat mengenai keselamatan makanan kebelakangan ini.
    “Kajian ke atas telur pesisiran pantai Queensland membuktikan kenyataan ini dan ada kemungkinan corak yang sama dilihat pada telur tempatan,” katanya.
    Satu perkara yang paling penting, mengapa perlu mengambil makanan yang sememangnya diketahui tiada khasiat dan mengandungi toksik. Jadilah pengguna yang bijak membuat pilihan. Katakan TIDAK kepada Telur Penyu.

    ReplyDelete