Monday 7 March 2011

WARGA INDIA HIDUNG BELANG



Saudara Pengarang,

SEBAGAI rakyat Sabah yang sayangkan negeri ini, saya ingin sertakan sedikit maklumat mengenai satu kes salah laku seorang pekerja warga asing di Tawau. Email ini saya sudah hantar kepada Pengarah Imigresen Sabah, Tuan Haji Mohammad Mentek, namun saya mohon agar disiarkan dalam laman web popular rakyat Sabah agar mendapat tindakan segera.

Kebelakangan ini kita sering mendengar masalah sosial yang hangat diperkatakan oleh media tempatan mengenai masalah sosial anak-anak muda khususnya melibatkan pembuangan bayi pra matang.

Pada hemah saya, penularan ‘wabak’ pembuangan bayi ini dilakukan oleh manusia bergelar ‘hidung belang’. Mereka sering menjadikan anak-anak muda tempatan yang berkeliaran sebagai tempat memuaskan nafsu serakah mereka.

Terdapat pelbagai kes sedemikian yang saya nampak dan sebagai seorang Hamba Allah saya hanya mampu menadah kedua belah tangan dan memohon petunjuk-Nya. Sedar akan tanggungjawab saya tergerak hati untuk mencari jalan untuk membendung penularan masalah ini walaupun hanya sedikit. Semoga Sabahkini.net dapat bersama- sama mengembleng tenaga membasmi wabak ini.

Untuk makluman pihak rakyat Sabah, warganegara India yang saya maksudkan tadi merupakan seorang pekerja yang bekerja di Restoran Yassin Curry House, Bandar Sabindo Square, Tawau.

Dia merupakan salah seorang pemegang pas lawatan kerja sementara (PLKS) sebagai tukang masak. Agak terperanjat dengan kedudukan dia yang diberikan oleh majikannya sebagai seorang pengurus untuk menguruskan hal ehwal keseluruhan operasi restoran tersebut.

Malah menunjukkan sifat riaknya sebagai seorang pengurus sehinggakan TAKBUR menunjukkan kedudukan beliau dengan menggantungkan gambar-gambarnya bersama pemimpin-pemimpin tertinggi negeri yang bertandang ke restoran tersebut.

Semenjak kebelakangan ini, sikap hidung belangnya sedikit sebanyak terbongkar akibat tindakan JAHIL yang dilakukannya terhadap pekerja pekerja wanita di restoran tersebut. Ada makluman yang saya terima dari pihak dalaman itu sendiri bahawa lubuk pembuangan bayi tersebut adalah daerah Semporna.

Ini kerana Semporna mempunyai sebuah klinik yang menawarkan perkhidmatan menggugurkan kandungan dengan kos yang murah. Atas rasa tidak selesa dengan perangai sedemikian, terdapat seorang hamba Allah pergi menyiasat dan seterusnya melaporkan hal ini kepada Ketua Kampung, Kampung Bukit Tiga, Semporna, Saudara Jilman Bin Bakaal.

Jika Sabahkini.net perlukan kepastian, saya sertakan nombor telefon beliau 016-XXXXXXX. Allahu Akbar! selamatkanlah bumi Sabah dan Malaysia ini daripada segala maksiat dan jenayah pembunuhan bayi yang tidak berdosa.

Kini pekerja bernama Salim Sharafudin, dikatakan sedang berada di India untuk bersama keluarganya dan saya dimaklumkan bahawa dia sedang mengurus pas untuk kembali ke Malaysia dan seterusnya menyambung kegiatan sumbang tersebut. Saya dan seluruh sahabat warga Tawau amat kecewa dengan sikap yang ditunjukkan penama yang disebutkan di atas. Saya berasa amat jijik untuk menghormati seorang dajal seperti ini.

Oleh yang demikian, saya merayu agar pihak Kerajaan Malaysia dapat mengambil tindakan yang sewajarnya seperti ‘menyenarai hitam’ beliau daripada masuk ke Malaysia. Dengan keadaan semikian, Insyaallah kita dapat membendung sedikit sebanyak masalah yang jelek ini.

Saya sanggup bekerjasama dengan Sabahkini.net dan Jabatan Imigresen untuk menentu sahih kebenaran surat ini. Saya merahsiakan idientiti saya adalah untuk menjamin keselamatan diri saya dan keluarga saya. Saya sedar bahawa Pengarah Imigresen Sabah amat prihatin dengan dan dikagumi kerana ketinggian sifat Integriti dalam pentadbiran Imigresen Sabah keseluruhannya.

Saya berbesar hati jika Jabatan Imigresen dapat memanggil saya untuk siasatan lanjut mengenai perkara ini.

Sekian, Terima kasih.

HAMBA ALLAH

No comments:

Post a Comment