Sunday 10 April 2011

ANTARA KALIMARAN DENGAN TAGOL



Oleh: HJ. WAHAB TIMPAI

ETNIK Timugon merupakan rumpun Murut yang kini telah mencapai jumlah 12,000 orang wajar mempertingkatkan lagi usaha untuk mempelbagaikan mempromosi kepakaran kraftangan yang berkualiti demi untuk menarik para pelancong setelah dipamerkan pada setiap Pesta Kalimaran dengan corak tersendiri.

Kalimaran tajuk yang dipilih dalam bahasa Tagol, yang mempuyai erti rajin bekerja, atau berusaha gigih dalam bidang pertanian dan kraftangan, walaupun dari etnik Timugon masih terdapat segelintir belum faham apa itu Kalimaran.

Tidak dinafikan dialek Timugon dan dari sebutannya memang berbeza, di sampaing adat resam etnik yang lain dalam Murut, termasuk pantang larang apabila setiap keluarga Timugon ditimpa musibah (kematian) kerana etnik Timugon dilarang bercakap yang lucu yang membolehkan orang ketawa apabila jenazah itu masih berada d irumah atau selepas dikebumi sehingga 40 hari. Bagaimanapun semua perkara itu bukan menjadi masalah kepada setiap etnik rumpun Murut di negeri Sabah ini.

Mantan Ketua Daerah Tenom dari suku Timugon yang juga pengerusi pondok pameran kalimaran 2011 etnik itu, OKK Maribin Rugin, 70, merupakan pemegang adat istiadat terdahulu dan sekarang meminta etnik Timugon supaya generasi mudanya dapat menuntut ilmu kepakaran dalam pelbagai sudut seperti kraftangan supaya tidak pupus ditelan zaman.

Beliau mengakui bahawa generasi muda Timugon belum ada yang boleh mewarisi kepakaran yang ditinggalkan oleh nenek moyang Timugon dan beliau bimbang semua kepakaran itu akan pupus sekiranya tidak ada usaha dari sekarang.

Justeru itu, Maribin bercadang supaya satu bengkel kraftangan diwujudkan di pusat Kebudayaan Murut Tenom dengan melantik seorang juru latih dari etnik Timugon.

“Setiap Kalimaran diadakan semua pameran dari Timugon masih kurang memuaskan berbanding dari etnik lain,” jelas Maribin.

Bagaimanapun, OKK Maribin Rugin telah berjaya mencipta contoh baju tradisional orang Timugon bercorak seolah-olah warna kulit kayu yang digunakan masyarakat Timugon terdahulu kerana baju kulit kayu itu tidak lagi sesuai dipakai oleh orang kenamaan.

“Pakaian tradisional Timugon ini akan berada dalam pasaran dalam masa terdekat khusus hanya etnik Timugon lelaki dan wanita,” kata Maribin.

Dalam pada itu, perayaan Pesata Kalimaran ke 10 akan datang, pameran dari etnik Timugon perlu dikemaskini dan dipantau oleh jawatankuasa kecil untuk menentukan kraftangan itu mempunyai kualiti sebelum dibawa ke pondok pameran dan termasuk juga, setiap orang etnik Timugon yang menunggu pondok itu diwajibkan memakai pakaian tradisional.

Sementara itu, Pegawai Pertanian Tenom, Othman Marzuki mengesahkan bahawa Daerah Tenom merupakan kawasan terbesar di negeri Sabah dalam penanaman Limau Pamelo.

Namun 60 peratus pengusaha tenaman limau Pamelo itu adalah masyarakat Cina dan hanya sedikit saja di kalangan bumiputera yang turut berkecimpung dalam projek tersebut.

Menurut Othman, kini telah mencapai 500 ekar diusahakan oleh para petani tanaman Limau Pamelo dan terus dipantau oleh Jabatan Pertanian, termasuk membimbing mereka untuk mengawal serangga perosak buah Pamelo itu di ladang masing-masing.

Di Kampung Inubai, ramai masyarakat Cina melibatkan projek tenaman limau pamelo ini dan beliau mengharapkan supaya bumiputara, khususnya Timugon supaya berbuat demikian.

“Oleh kerana tidak sampai dua peratus Timugon melibatkan diri dalam penanaman pamelo di kebun masing-masing yang masih terbiar itu, kerana hasil pendapatan agak lumayan untuk menampung sara hidup keluarga,” kata Othman.

Osman turut mengalu-alukan petani yang belum faham cara penanaman limau pamelo dialu-alukan datang ke pejabat pertanian yang terletak di kampung Ulloi Tenom, kira-kira dua kilometer dari Pekan untuk meminta khidmat nasihat.

Menurut beliau, Jabatan Pertanian telahpun memaklumkan projek penanaman limau pamelo menerusi Pengerusi Kontek Tani yang berdaftar di Pejabat Pertanian Zon Melalap kerana di kawasan itu majoritinya penduduknya etnik Timugon.

Dalam pada itu, Chung Fui Lan dari kampung Inubai, Zon Kemabong merupakan individu yang berjaya dalam usaha penanaman limau pamelo seluas 10 ekar dan kini beliau telah mula memungut hasil tanaman pamelonya boleh mencapai antara RM5,000 hingga RM10,000 sekali tuai buahnya.

Chung telah menanam pamelo sejak 10 tahun dengan mendapat bimbingan daripada Jabatan Pertanian Daerah Tenom.

Mengenai dengan pemasaran limau pamelo, menurut Chung, tidak ada masalah kerana pihak Jabatan Pertanian Daerah Tenom membantunya menghubungi pihak FAMA untuk membeli buah Pamelo itu.

No comments:

Post a Comment