Thursday 7 April 2011

APA ADA PADA DBKK?


Saudara Pengarang,

Saya merujukkepada berita di bawah yang menceritakan bagaimana anjing milik seorang penduduk telah menggigit dua beradik yang tinggal di kawasan yang sama. laporan berkenaan boleh dirujuk dalam Utusan Malaysia.

Sebagai penduduk di Fasa 4, Taman Kingfisher, Jalan Sulaman, Sabah; saya berpendapat bahawa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) seharusnya memberi perhatian dan bertindak segera menangkap anjing-anjing liar yang masih berada di kawasan ini.

Pihak DBKK telah datang beberapa kali datang untuk menangkap anjing-anjing liar tersebut tetapi masih belum dapat menangkap sepenuhnya dan diharapkan DBKK menggunakan kaedah yang lebih baik supaya mereka dapat menangkap anjing-anjing berkenaan.

Di samping masalah anjing liar, pihak DBKK juga perlu memantau anjing-anjing peliharaan penduduk yang kadang-kala dilepaskan dan pemantau pemilik anjing yang lemah sehingga menyebabkan anjing mereka terlepas keluar dan merbahayakan keselamatan penduduk serta kanak-kanak yang bermain dan bersiar-siar disekitar kawasan kediaman mereka.

Terdapat juga penduduk yang membela anjing tetapi sentiasa menyalak sehingga menganggu kententeraman penduduk yang ingin berehat di rumah-masing-masing (saya difahamkan sudah ada penduduk yang membuat laporan tetapi keadaan masih tidak berubah).

Saya juga ingin mengadu bahawa lampu isyarat di U-turn (waktu pagi sangat sukar untuk membuat U-turn berhampiran UA dan Pasar Sulaman (waktu petang). Mohon pihak berkenaan mempertimbangkan isu ini. Diharapkan DBKK dapat membaiki segera lubang yang terdapat di pertengahan jalan susur daripada Sulaman ke Tuaran By-Pass melalui UA. Lubang tersebut besar dan bahayakan pengguna jalanraya. Pihak Adun Karambunai diharap lebih prihatin dan jangan asyik berpolitik sahaja.

Di kawasan ini juga terdapat kolam tadahan tetapi dipenuhi semak samun dan air bertakung yang boleh menjadi sarang binatang buas serta nyamuk. Saya melihat tikus dan biawak yang berkeliaran di kawasan ini, jadi saya mohon Pihak Jabatan Kesihatan supaya memantau perkara ini.

Apabila kita melihat daripada luar kawasan Kingfisher Sulaman, adalah seperti kawasan kediaman elit tetapi apabila kita pergi ke bahagian belakang iaitu di lorong 10 dan 11; maka kita dapati ramai penempatan haram dan saya percaya ia melibatkan PATI dan mungkin juga rakyat asing yang ada dokumen tinggal secara haram di situ.

Banyak juga kejadian kecurian yang berlaku. Diharapkan pihak Polis dan imigresen membuat pemeriksaan di kawasan tersebut sebagaimana operasi yang pernah dibuat oleh PDRM di kawasan Gudon yang dilaporkan dalam TV3 (999).

Saya mencadangkan agar pihak berkenaan memikirkan cara untuk memasang CCTV d ikawasan perumahan bagi memudahkan pemantauan kerana saya kira PDRM juga kekurangan anggota, saya mengucapkan terima kasih kepada PDRM yang membuat rondaan di kawasan ini tetapi mesti dikerapkan lagi

Salam Hormat,

PENDUDUK PRIHATIN

No comments:

Post a Comment