Tuesday 12 April 2011

APMM SEMAKIN KEJAM TERHADAP ANGGOTANYA



Saudara Pengarang,

KEKEJAMAN Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) terhadap PWll Maritim, Mustaffa Bin Abd. Manaf yang dibuang kerja tanpa belas kasihan dengan pakatan niat jahat bersama Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Mohd Taha bin Ibrahim, Cik Nurlaineh binti Tamsir dan Kapten Maritim Xavier Thevadas a/l Gnanapragasam wajar membuka mata Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini hangat berkempen untuk pilihanraya umum Sarawak.

Ketiga mereka ini membuat fitnah dan pembohongan dengan mencipta bukti palsu sehingga Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Amdan bin Kurish hilang pertimbangan lalu membuat keputusan tergesa-gesa, tanpa memikirkan akan surat dari Perdana Menteri lalu membuang kerja saya dengan begitu kejam sekali dengan tidak membayar gaji saya.

Tarikh pembuangan kerja saya ialah pada 18 Februari 2011 disebabkan saya melaporkan kepada polis bahawa saya ditumbuk sehingga kelopak mata kanan saya cedera parah dan mengalami kecacatan kekal.

Kejadian tersebut berlaku pada 2 Disember 2010. Polis masih membuat siasatan dan mendakwa pelaku jenayah tersebut ke mahkamah, tetapi saya sudah dibuang kerja tanpa peraturan.

APMM langsung tidak pernah menilai pergorbanan saya selama 26 tahun berkhidmat di dalam anggota beruniform. Sekarang mereka yang berpakat mahu usir saya keluar daripada kuarters kerajaan di Bandar Seirra, Kota Kinabalu, Sabah.

Ke manakah saya mahu pergi? Saya berasal daripada negeri Perdana Menteri iaitu Pahang tetapi dilayan begitu kejam, lebih kejam daripada layanan Israel terhadap penduduk Palastine.

Tolong siarkan berita panas ini iaitu Pegawai Waran Maritim dianaiya dengan kejam oleh Regim APMM atau datang segera ke rumah saya di Bandar Seirra, No.T2, Lorong 7/1B, KM 20 Jalan Tuaran, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.

Salam Hormat,

MUSTAFFA BIN ABD. MANAF

No comments:

Post a Comment