Thursday 14 April 2011

BELASUNGKAWA BUAT SAPP!



Oleh: KREW SABAHKINI.NET

MANTAN Ketua Daerah, Haji Madri Akong, 61, disahkan meninggal dunia petang kelmarin (13 April) di Hospital Kota Belud setelah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak sabtu minggu lalu. Jenazah beliau dikebumikan di kampung halamannya, Kg.Ambong, Kota Belud.

Semasa hayatnya, Hj Madri Akong adalah seorang yang berjasa dan telah memberikan sumbangannya melalui politik dan persatuan yang disertainya.

Allahyarham Hj. Madri adalah bekas Naib Presiden SAPP merupakan antara orang penting yang mengasaskan parti SAPP pada tahun 1994. Beliau telah melatih ramai golongan belia dalam SAPP sebagai salah satu sumbangannya dalam parti. Terkini beliau adalah Ahli Majlis Tertinggi SAPP dan memegang jawatan CLC Usukan.

Semasa hidupnya Allahyarham adalah seorang insan yang dihormati di Kota Belud kerana sumbangan yang dibawanya. Semoga Allah mencucuri rahmat terhadapnya.

No comments:

Post a Comment