Sunday 10 April 2011

BUDAYAKAN SEMANGAT SUKARELAWAN


SEMANGAT….Jamawi bersama Pengarah Hospital Tenom, Dr. Fairuz serta sebahagian daripada penderama darah menunjukkan isyarat 1 Malaysia sebelum kempen tersebut bermula.

Oleh: JAAFAR ABDUL WAHID

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar berharap agar golongan belia di negeri ini khususnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerapkan semangat sukarelawan sebagai satu budaya kehidupan ke arah melahirkan masyarakat penyayang dan prihatin terutamanya kepada golongan sasar yang memerlukan bantuan.

Menurut beliau jika budaya ini dapat disemai dan diterapkan dalam setiap program yang dianjurkan, ia dapat memperkasakan Gagasan 1 Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang harmoni bersatu padu serta sedia berkorban bagi membantu golongan yang memerlukan bantuan.

“Semangat sukarelawan ini perlu kita semarakkan khususnya di kalangan generasi muda, agar ianya menjadi amalan murni di samping dapat membentuk sikap prihatinan bagi menghindari sikap yang lebih menjurus kepada individualistik,” katanya ketika ditemui selepas mengetuai rombongan pemuda menjayakan program menderma darah untuk Tabung Darah Hospital Daerah Tenom pagi kelmarin.

SOKONGAN… Jamawi turut memberikan sokongan moral kepada salah seorang penderma darah sempena program tersebut.

Mengulas program tersebut, Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom berharap lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil bagi membantu Pusat Darah di setiap hospital di negeri ini menggerakkan kempen derma darah di seluruh daerah.

Katanya usaha murni itu perlu diteruskan dari masa ke semasa dengan penglibatan serta sokongan NGO lain kerana usaha murni itu penting memandangkan Malaysia sentiasa berdepan dengan cabaran besar untuk memastikan tabung darah negara mencukupi.

"Kita maklumkan bekalan darah negara berkurangan dengan drastik apabila tiba musim perayaan dan cuti persekolahan kerana kekurangan penderma. Sedangkan, permintaan terhadap keperluan darah sentiasa ada,” katanya

Dalam pada itu, Jamawi memuji sikap prihatin yang ditunjukkan para sukarelawan Pergerakan Pemuda BN, Rela dan NGO di daerah itu turut sama menjayakan kempen derma darah tersebut.

Jelasnya, sikap terpuji kumpulan tersebut wajar menjadi ikutan seluruh rakyat Malaysia memandangkan keperluan dari di seluruh hospital di negara ini sentiasa bertambah setiap tahun

No comments:

Post a Comment