Friday 1 April 2011

DASAR CABOTAGE ATAU INFLASI?


Saudara Pengarang,

SEBULAN yang lalu, saya makan di sebuah Restoran bernama Restoran Ummi Aisah di Alam Mesra, Kota Kinabalu. Saya makan nasi ayam berherba dan selepas itu saya minta dibungkuskan 3 ketul ayam berempah (saiz biasa sahaja bukan mcm ayam panggang). Namun bila hendak membayar harga untuk 3 ketul ayam tersebut, saya terkejut kerana dicaj RM15 iaitu RM5 seketul.

Saya tertanya-tanya apakah kenaikan mendadak harga ayam yang biasanya RM2 hingga RM3 kepada RM5 disebabkan Dasar Cabotage yang terpaksa ditanggung rakyat Sabah atau kerana inflasi?

Saya memohon jasa baik Sabahkini.net membuat siasatan berhubung perkara ini kerana merasakan tidak wajar harga sedemikian dikenakan kepada pengguna yang terbelenggu dengan kos hidup yang tinggi dalam keadaan kuasa beli yang menguncup.

Dalam hal ini, apakah tugas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) di Sabah sedangkan Skandal Video Lucah dan cetak rompak dijual secara terbuka di Centrepoint, Sinsuran dan Segama gagal ditangani dengan berkesan.

Salam Hormat,

PENGGUNA TERTIPU

No comments:

Post a Comment