Friday 22 April 2011

GERAKAN TERPEDAYA OLEH NELSON MANJIN



Saudara Pengarang,

MERUJUK kepada laporan akhbar New Sabah Times pada 20 April 2011 bertajuk ‘SAPP Terima Tamparan Apabila 300 Ahlinya Sertai Gerakan’ adalah satu kenyataan yang tidak berasas dan adalah satu pembohongan oleh Parti Gerakan tanpa memeriksa fakta dan latar belakang ketua kumpulan yang menyertai Gerakan, Nelson Manjin.

Dalam laporan tersebut menyatakan bahawa kemasukan beramai-ramai ahli SAPP diketuai oleh bekas Ketua Pemuda SAPP Bahagian Keningau adalah satu penipuan sama sekali kerana Nelson Manjin bukan ahli SAPP dan tidak pernah menyandang Jawatan Ketua Pemuda SAPP Bahagian Keningau.

Jika Nelson boleh memperdaya Parti Gerakan menyatakan dia pernah berjawatan Ketua Pemuda SAPP Keningau maka 300 ahli yang diketuainya itu juga menjadi tanda tanya dan ada kesahihannya.

Dari mana datangnya 300 ahlinya? Ternyata Parti Gerakan telah terpedaya kerana motif Nelson bersifat kepentingan diri dalam pada Parti Gerakan bermati-matian mencari ahli. Tawaran dan pembohongannya ini disifatkan sebagai ‘Business Politic’.

Kedudukan SAPP tidak tergugat di Keningau dengan pembohongan ini malah ia akan menjadi iktibar bahawa ada pihak-pihak tertentu cuba menggugat SAPP dengan cara pembohongan dan manipulasi politik untuk melemahkan SAPP.

Salam Hormat,

RUDY MAIRI

Ketua Pemuda Zon Pendalaman

No comments:

Post a Comment