Monday 18 April 2011

ISU GSTT KEMBALI BERGEMA DI SABAH



Oleh: JAAFAR ABDUL WAHID

PERGERAKAN Pemuda Umno Bahagian Tenom berharap agar Kementerian Pelajaran Malaysia dapat mengambil tindakan proaktif bagi menangani isu penyambungan kontrak Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang melibatkan seramai 578 orang di Sabah yang belum mendapat sebarang surat tawaran penyambungan kontrak mereka mengajar .

Ketuanya Jamawi Jaafar berkata, walaupun sebelum ini Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada awal bulan Mac lepas ketika melakukan lawatan resmi ke Sabah, memberikan jaminan kontrak GSTT di seluruh negeri akan disambung semula; namun sehingga kini mereka yang terlibat khususnya di Sabah masih belum menerima sebarang surat tawaran penyambungan kontrak mereka sebagai GSTT.

“Saya menerima panggilan telefon dan aduan rasmi daripada beberapa GSTT yang terlibat sehingga kini mereka belum mendapat sebarang surat tawaran dari Jabatan pelajaran berhubung dengan penyambungan kontrak mereka sebagai GSTT walaupun penyambungan kontrak mereka telah dimaklumkan lebih awal,” katanya ketika dihubungi untuk mengulas rungutan GSTT di Sabah yang terkilan dengan kelambatan pihak terbabit mengeluarkan surat resmi berhubung dengan tawaran penyambungan mereka.

Sehubungan itu, Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia berharap mereka yang terlibat bagi menangani isu ini terutamanya di peringkat pegawai-pegawai di Kementerian berkenaan supaya dapat mengambil tindakan yang proaktif supaya tidak dianggap sebagai janji kosong .

“Saya difahamkan pengeluaran surat tawaran hanya boleh dilakukan selepas proses penempatan guru-guru yang sedia ada termasuklah yang berpindah ke lain-lain negeri, di mana jika ini alasannya, sudah tentu GSTT yang terlibat akan menunggu lebih lama lagi surat tawaran penyambungan kontrak mereka,” katanya.

Menurut Jawami lagi, pengluaran surat tawaran ini perlu dipercepatkan agar GSTT tidak tertunggu-tunggu di samping mengatasi masalah kekurangan guru di beberapa buah sekolah khususnya di kawasan pedalaman negeri ini.

“Kita tidak mahu apabila keputusan dibuat tindakan lambat diambil sehingga menjejaskan kertabeliti pihak yang terlibat dan dalam kontek ini kita berharap sistem penyampaian yang lebih cekap dan cepat diperlukan selaras dengan Gagasan 1 Malaysia;Rakyat Di dahulukan, Pencapaian di Utamakan, ” katanya.

1 comment:

  1. Di semenanjung dah ada pengambilan tapi tak telus. Masa janji kata nk bg keutamaan kepada gstt yang dah lama berkhidmat. Hakikatnya masih ramai gstt lama tdk disambung kontrak sedangkan yang baru setahun jagung sudah memulakan tugas>>>Kronisme

    Pengambilan DPLI tetap diteruskan dan kebanyakan yang dipanggil bukan dr kalangan gstt. Jika ikhlas menangani isu ini, sepatutnya KPLI/DPLI dihentikan sementara sehingga semua GSTT diberi kursus untuk diserap. Ataupun penuhkan gstt dalam KPLI/DPLI mengikut tempoh perkhidmatan. Jangan bagi alasan x sesuai dengan kursus krn subjek yang ditawar sgt bertepatan dengan degree kami>>>nak sumbat calon2 yang ada kabel dlm KPM w'pn langsung x ada pengalaman mengajar

    KDC yang ditawarkan baru2 ini hanya utk gstt yang berkhidmat di sekolah rendah sedangkan majoriti gstt di sekolah menengah.Adakah semata-mata nk menampakkan KPM sdg buat kerja
    ( nak meredakan isu buat s'mentara)

    Subjek yang ditawarkan dlm KDC itu: BI,BC,BT,B.Arab,Iban,Kadazan
    BC dan BT>>>dah ambil KDC akhir tahun lepas
    B.Arab>>>>(dah ada pengambilan dalam J-Qaf>Jan)
    Jd untuk siapakan KDC ini? adakah hanya untuk memenangi hati pengundi cina, India dan Melayu (Pas)? (bukan rasist, sekadar menyedarkan kepada yg buat2 tak sedar). Mentang2 Orang Melayu dan Pribumi sentiasa setia kpd pemerintah, hanya kepentingan minoriti yang dijaga.

    KDC (d atas) hanya bermua 22 Nov sedangkan bulan 5/6 nipun cuti sekolah? Jd berapa tahun lagi kami harus menganggur? sedangkan umur sudah menginjak ke umr max lyk KDC/KPLI/DPLI?Adakah benar dakwaan pembangkang yg kerajaan x ada bajet?

    Ada 13000 gstt seluruh Malaysia. Semua layak mengundi dan kami pula berkeluarga: ada suami/isteri/ibu/bapa. Jika kami boikot PRU, kerajaan hilang 13k undi, tp jika kami beralih kpd pembangkang, kerajaan hilang 26k undi. Itu blm termasuk undi dr kelusrga kami.Kesetiaan dan kesabaran kami juga ada batasnya

    ReplyDelete