Saturday 9 April 2011

JELAJAH ONE MALAYSIA YAKIN BN MENANG BESAR



Oleh: NASUTION NAEJEL

KECEMERLANGAN kempen jelajah ONE MALAYSIA Pergerakan Pemuda BN terus menggempur kawasan-kawasan pembangkang menyebabkan gagasan pembangkang Sarawak semakin lemah dan dijangka pengundi pengundi yang berpihak kepada mereka sebelum ini akan berpihak kepada calon-calon BN.

Demikian dinyatakan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Pusat, Jamawi Jaafar ketika memberitahu Sabahkini.net semasa perasmian Pesta Kalimaran kali ke-9 di Tenom oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman pada Sabtu

Jamawi berkata bahawa meskipun isu-isu yang diketengahkan pembangkang seperti isu tanah atau NCR adalah merupakan isu terpencil yang disifatkan sebagai kesilapan pihak penjawat awam yang dikategorikan suatu perkara ‘terlepas pandang atau overlook’ ; tambahan pula masalah tersebut telah pun diatasi oleh kakitangan kerajaan di Pejabat Tanah Sarawak.

Ketidak sepakatan di kalangan pembangkang dalam strategi jentera pilihanraya mereka membuatkan pihak jentera BN dengan mudah dapat membolosi kawasan- kawasan yang dikenal pasti sebagai ‘kubu kuat’ mereka namun pengundi-pengundi muda pembangkang kini sudah mula beralih arah kepada BN kerana memikirkan bahawa hanya BN akan dapat menentukan masa depan mereka di Sarawak.

Menurut Jamawi lagi, program ONE MALAYSIA amat berkesan dalam menawan hati rakyat kerana hampir keseluruhan kawasan di Sarawak sudah dijelajahi setakat ini yang diketuai Ketua Pemuda Umno Malaysia; Khairy Jamaluddin, yang mensasarkan warga emas, belia dan individu untuk mengawasi masalah kebuntuan mereka khususnya kebajikan.

Tanggapan umum khususnya di Sarawak bahawa para calon yang diketengahkan BN pada pilihanraya negeri ke-10 merupakan golongan ‘senior’ atau lebih dikenali sebagai ‘surat khabar lama’ adalah tidak benar kerana setakat ini seramai 14 Pemuda BN telah menjadi calon pada pilihanraya itu.

Jamawi yakin bahawa BN Sarawak akan kembali menerajui kerajaan selepas pilihanraya itu berdasarkan prestasi calon BN, termasuk sambutan rakyat Sarawak terhadap BN masih ‘popular’ dan tidak mungkin rakyat Sarawak akan mengkhianati jasa dan bakti kerajaan BN pimpinan Ketua Menteri Sarawak sebelum ini.

Ketika menjelaskan isu tanah dan NCR yang ditonjolkan pembangkang Sarawak Jamawi berkata, sebenarnya isu tersebut boleh diselesaikan oleh kerajaan Sarawak secara total jika pemimpin pembangkang benar-benar serius mahu menyelesaikan isu tersebut; namun mereka (pembangkang) sengaja mengapi-apikan isu itu kepada rakyat khususnya di daerah pedalaman yang bermotifkan politik untuk menjatuhkan kerajaan BN.

1 comment:

  1. Satu Malaysia tidak payah diperjelaskan. Cumah buat apa yang betul (Action speak louder than word). Selepas 1 Malaysia diumumkan banyak kejadian ganjil yang berlaku. Rakyat memjadi bimbang dan khuatir.

    ReplyDelete