Tuesday 5 April 2011

’KING PETER’ TERUS KEBAL DAN BEBAL


Saudara Pengarang,

MERUJUK pada artikel Tauke Judi Masih Kebal Di Kunak’ danSiapa Dalang Tauke Judi Kunak’ yang dipaparkan oleh salah seorang Anggota AMK PKR Negeri Sabah baru-baru ini, saya sebagai warga Kunak rasa terpanggil untuk memberi respon dan terlebih dahulu ingin memuji pihak polis atas tindakan terhadap premis WAHUI baru-baru ini.

Namun saya merasa tersangat hairan kenapa individu seperti ‘Tauke Peter’ atau lebih suka saya panggil sebagai ‘KING PETER’ yang juga merupakan Kapitan Cina Kunak sentiasa bebas berleluasa menjalankan aktiviti perjudian 4D haram yang tidak berlesen sejak berdekad-dekad dijalankan bersama anak dan menantunya dengan berselindung di sebalik perniagaan aksesori telepon (rujuk gambar).

KING PETER juga terkenal sebagai seorang yang ada kaitan dengan kegiatan pelacuran di Kunak sejak sekian lama yang mana aktiviti tersebut sebelumnya dijalankan di Hotel Kunak (rujuk Gambar) kepunyaan KING PETER walaupun maklumat Hotel tersebut khabarnya sudah dijual, namun KING PETER masih lagi menguasai (menyewa) hotel tersebut sebagai sarang kebalnya untuk menjalankan kegiatan tidak bermoralnya.

Sampai bilakah individu seperti ini boleh terlepas pandang oleh penguasa walaupun dah terlibat aktif begitu lama sehinggakan masyarakat bila terpandang/terserempak saja KING PETER mereka sudah punya andaian sama bahawa orang ini tetap kebal selamanya.

Syabas Ketua Polis Negara kerana terus melindungi KING PETER!

Salam hormat,

WARGA PRIHATIN KUNAK

No comments:

Post a Comment