Tuesday 12 April 2011

KOH TSU KOON IBARAT TOYOL?



Saudara Pengarang,

SIAPA Koh Tsu Koon untuk menggelar Datuk Seri Nazri Aziz sebagai ‘Loose Cannon’ dalam kenyataannya pada minggu lepas kerana pada pandangan saya, beliau bukanlah orang yang layak untuk memberi gelaran sedemikian kerana kedudukannya sebagai seorang Menteri ‘Parlimen’ yang disegani dan dihormati.

Nazri Aziz telah menjadi Menteri selama 12 tahun dan tidak pernah kalah bertanding dalam Pilihan Raya; sebaliknya Koh Tsu Koon sepatutnya menghormati Nazri kerana apa yang disampaikan oleh beliau adalah suatu fakta yang tidak boleh dinafikan oleh Presiden Gerakan yang ‘lembik’ itu.

Tsu Koon belum mempunyai banyak pengalaman dan yang paling memalukan lagi apabila beliau kalah dalam Pilihan Raya Umum yang lalu. Bagaimana seorang Ketua Menteri kalah bertanding di kawasan sendiri? Mesej daripada keputusan rakyat itu telah membuktikan bahawa Tsu Koon tidak bekerja di Pulau Pinang. Beliau menjadi Menteri atas ehsan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.

Koh Tsu Koon sepatutnya ‘kerja kuat’ di Pulau Pinang bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada BN dan bukan dengan ‘menculik’ wakil rakyat di Sabah. Kita semua sedia maklum bahawa Koh Tsu Koon telah ‘menculik’ tiga wakil rakyat yang saya tidak perlu sebut.

Dalam hal ini saya tidak mahu menjadi ‘proksi’ Nazri kerana saya tidak pernah pun berhubung dengan Nazri, tapi saya melihat Nazri sebagai ‘Hero’ dalam BN kerana hanya beliau sahaja Menteri yang mempunyai fikiran yang terbuka dan berani menyuarakan sesuatu isu tanpa merujuk kepada sesiapa.

Pada hemat saya, Nazri Aziz tidak perlu meminta maaf kerana Nazri tidak bersalah, sebaliknya Tsu Koon yang saya sifatkan sebagai ‘Toyol’ yang perlu meminta maaf kepada Nazri dan Gerakan.

Saya menggesa kepada Tsu Koon agar beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri dan Presiden Gerakan kerana beliau tidak dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan baik.

Akhir sekali, saya ingin memperingatkan Tsu Koon agar berhenti menjadi ‘Toyol’ yang menculik wakil rakyat dari komponen BN yang lain kerana Gerakan tidak diperlukan di Sabah.

Salam Takzim,

SENJA PERMAI

No comments:

Post a Comment