Wednesday 6 April 2011

LAJIM OPTIMIS BN SARAWAK MENANG CERAH



TIBA…Lajim semasa tiba di Lundu bagi mengiringi calon BN Tan Sri Adnen Satim ke pusat penamaan calon di dewan Masyarakat Lundu dan optimis BN Sarawak akan mencapai kemenangan terbesar semasa pilihanraya kali ini

Oleh: JAAFAR ABDUL WAHID

BARISAN Nasional (BN) mempunyai peluang lebih cerah untuk menang besar dalam pilihanraya umum ke 10 kali ini berikutan tranformasi BN yang membawa lebih banyak kemajuan di Sarawak.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin , berkata keyakinan tersebut berdasarkan kepada fakta yang dapat disaksikan oleh rakyat Sarawak sendiri, bagaimana kerajaan BN bukan sahaja melakukan tranformasi politiknya yang mendahulukan rakyat, namun tranformasi yang membawa perubahan terhadap landskap pembangunan di bandar dan di luar bandar di Bumi Kenyelang itu.

Ini katanya amat bebeza dengan pakatan pembangkang semakin caca merba, menghadapi krisis kepimpinan di peringkat pusat dan negeri selain krisis moral yang dihadapi oleh sebilangan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang yang menjadi daya pengukur bagi rakyat Sarawak menolak mereka dalam pilihanraya umum kali ini.

“Saya melihat momentum sokongan rakyat Sarawak terhadap BN masih kukuh dan ini ditambah pula dengan pelaksanaan perubahan dan transformasi BN Sarawak untuk mengetengahkan ramai muka baru pada Pilihan Raya Negeri Sarawak berjaya membuktikan pembaharuan dan peningkatan keyakinan rakyat kepada BN,” katanya ketika ditemui selepas mengiringi calon BN bagi kawasan DUN N.3 Tanjung Datu, Tan Sri Adenan Satem yang turut disertai hampir tiga ribu orang pemimpin dan penyokong BN ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Masyarakat Lundu, pagi tadi.

DUN Tanjung Datu yang dipertahankan oleh Adenan yang juga Ketua Pegawai Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang pada pilihanraya umum kali ini dicabar dalam perlawanan 3 penjuru antara calon dari PAS Nani Sahori dan seorang calon Bebas Gilbert Ason

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, pada pilihanraya umum kali ini sudah tentu rakyat Sarawak lebih bijak menilai serta memilih sebuah kerajaan yang boleh mentadbir urus pembangunan dan kesejahteraan rakyat di negeri tersebut kerana Sarawak merupakan antara negeri yang terus melangkah ke hadapan dalam pelbagai aspek kemajuan yang perlu di teruskan demi kebaikan dan kesejahteran rakyat di negeri tersebut

“Isu antara Snap (Parti Kebangsaan Sarawak) dan PKR di Sarawak cukup untuk menunjukkan pembangkang tiada kesepakatan. Pelbagai perbezaan dalam pakatan pembangkang, percanggahan Pas dan DAP membuktikan pakatan itu tiada hala tuju yang sudah tentu tidak mampu membawa untung, malah sia-sia kepada rakyat,” tegas Lajim.

Tambah Lajim yang juga Pengerusi Penyelaras BN Parlimen Beaufort, kesepakatan perubahan dan transformasi untuk penampilan pemimpin pelapis yang dilaksanakan oleh BN Sarawak dan komponen-komponennya mudah-mudahan akan membawa kemenangan besar. Pada pilihanraya kali ini

"Rakyat tentunya menerima dan menyakini transformasi ini dan masa depan akan lebih cerah untuk menikmati pembaharuan dan kemajuan," katanya

Ditanya peluang BN bagi memenangi kerusi DUN Tanjug Datu, Lajim optimis penyandangnya Tan Sri Adenan akan mengekalkan kerusi di kawasan tersebut ini dapat dilihat dari rekod serta pencapaian kemajuan khususnya di daerah Lundu semasa Adenan menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut.

No comments:

Post a Comment