Sunday 3 April 2011

LDP GURIS SENTIMEN KDM



Oleh: DATO’ FREDIE SUA

SAMA ada LDP atau AKAR diwujudkan khas untuk kaum Cina dan KDM pada awal penubuhan parti tersebut, ia bergantung kepada apa yang termaktub di dalam perlembagaan parti masing-masing.

Dalam soal UMNO, ketika parti tersebut mula bertapak di Sabah pada tahun 1991 Majlis Tertinggi UMNO telah meluluskan untuk membuka keahlian parti kepada semua bumiputra di Sabah tidak kira seseorang tersebut beragama Islam mahupun Kristian dan agama lain.

Sehubungan itu, sewaktu Parti AKAR dibubarkan semasa Tan Sri Pandikar Amin haji Mulia, selaku Presiden; semua Ahli AKAR telah diperakui oleh UMNO untuk menjadi ahli UMNO termasuklah mereka berketurunan SINO, mahupun berlatarbelakangkan kaum CINA.

Dengan itu, adalah tidak wajar bagi Kapitan Ng Tet Hau (Ahli Majlis Tertinggi LDP) untuk mempersoalkan rasionalnya Ketua Bahagian UMNO Penampang, Datuk John Ambrose untuk berada dalam UMNO dan bukannya dalam parti KDM seperti UPKO mahupun parti komponen lain yang berteraskan kaum KDM.

Mengenai dangan komen Datuk John Ambrose berhubung kedudukan LDP berkaitan isu perlantikan Timbalan Ketua Menteri atau wakil LDP dalam Kabinet Negeri, sebagai rakan komponen BN, tidak salah bagi seseorang untuk memberi pandangan dan nasihat kepada rakan seperjuangan dalam BN, asalkan dibuat secara ikhlas dan terbuka.

Senarionya seperti juga tindakan Ahli Majlis Tertinggi LDP yang menyuarakan ketidak puasan hati mereka terhadap pandangan Datuk Seri Musa Aman berhubung dengan isu-isu yang diketengahkan oleh LDP; sehingga tergamak mengeluarkan kenyataan tidak boleh bekerjasama dengan Pengerusi BN negeri selaku Ketua Menteri Sabah.

Sama ada kenyataan itu dibuat secara konstruktif atau tidak, pihak komponen lain mahupun Datuk Musa sendiri tidak ada bertindak secara negative; malah secara ikhlas telah menyatakan bahawa konsep BN Sabah adalah terbuka dan beliau sebagai Ketua Menteri dan juga Pengerusi BN Sabah telah memaklumkan kesediaannya untuk berjumpa dan berbincang dengan pihak LDP pada bila-bila masa.

Dengan tidak berniat untuk menabur garam kepada luka yang belum sembuh, selaku Timbalan UMNO Penampang yang juga dari kalangan kaum KDM Penampang dan Tuaran, saya dengan rendah diri mohon Kapitan Ng Tet Hau, untuk memohon maaf kepada rakan-rakan KDM yang berada dalam UMNO kerana kenyataan beliau tersebut telah memperkecil-kecilkan penglibatan dan perjuangan kaum KDM dalam parti UMNO.

Demikian juga, beliau harus memohon maaf tanpa syarat kepada Ketua Menteri Sabah kerana Datuk Musa Hj. Aman adalah juga dari kalangan KDM daripada sebelah keluarga ibu beliau.

Begitu juga lain-lain pemimpin seperti Datuk Salleh Keruak dan Datuk Nasir Tun Sakaran kerana isteri mereka adalah dari kaum KDM dan dengan itu secara automatik anak-anak juga berlatarbelakang KDM.

Oleh itu Kapitan Ng harus menyelidik faktanya sebelum menyoal penglibatan pemimpin di dalam komponen BN.

Mengenai dengan isu pangkal yang disuarakan LDP tersebut, keputusan telapun dibuat oleh pemimpin atasan dan dengan itu, kalau ada pihak yang tidak berpuas hati, berjumpalah kepada Datuk Musa atau Perdana Menteri untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian sepertimana yang sentiasa diamalkan oleh BN dan bukannya berkonfrontasi, seakan-akan BN Sabah ini tidak ada persefahaman lagi.

Yang paling MUSTAHAK sekarang adalah untuk semua pihak berganding tenaga untuk menyelesaikan masalah rakyat dan membawa pembangunan kepada Negeri Sabah selaras dengan hasrat Perdana Menteri dalam konsep 1 Malaysia menuju kearah Negara maju.

No comments:

Post a Comment