Sunday 17 April 2011

MEDIA SAPP SEMAKIN BERDAYA SAING



WAWANCARA….Ambrose sedang ditemu bual DJ Sabahtv.net manakala Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Mojimbun sedang memerhati dan mendengar dengan teliti.

Oleh: FLAVIUS ROBERT

KEMODENAN prasarana teknologi komunikasi dan informasi Parti Maju Sabah (SAPP) semakin canggih dan mampu bersaing dengan teknologi media perdana dalam usaha parti itu untuk mendapatkan maklumat tepat, sahih dan terkini untuk disalurkan ke kawasan akar umbi termasuk juga maklumat-maklumat di peringkat global.

Meskipun pun ia masih di peringkat ‘percubaan/ujian’ keupayaannya sebelum dilancarkan oleh Presiden SAPP, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dalam masa terdekat ini; namun petugas Sabahtv.net milik SAPP, DJ Stephen Gaimin iaitu seorang lulusan Ijazah Komunikasi daripada UTM menegaskan bahawa prasana tersebut sudah mampu dan berupaya memberi maklumat tepat ketika PRU Negeri Sarawak kali ke-10 baru-baru ini.

Bagaimana pun Stephen menjelaskan bahawa sesiapa sahaja indidvidu boleh mengikuti siaran tersebut bermula jam 6 pagi dengan melayari www.sabahtv.net klik Radio jika pendengar ingin mendengar siaran radio atau klik tv untuk mengikuti perkembangan dalam dan luar negeri termasuk Malaysia.

Dalam pada itu, Pegawai Penerangan SAPP Tenom, Ambrose M. Matthew (AMM) yang melawat minikonti itu yang menempatkan petugas-petugas Sabahtv.net bersiaran setiap hari sempat menemubual PP tersebut berhubung pilihanraya umum negeri Sarawak seperti berikut,

Sabahtv.net: Selamat petang AMM, bagaimana pandangan Tuan berhubung kekuatan dan kebangkitan pembangkang dalam pilihanraya umum Negeri Sarawak pada kali ini.

AMM: Saya merasakan para pengundi Sarawak terutamanya golongan pengundi muda sudah mendapat momentum perlunya ada perubahan dalam kepimpinan untuk membawa keluar Sarawak daripada corak kepimpinan yang membosankan sekaligus sistem digunapakai telah menjadi jumud.

Sabahtv.net: Bolehkah AMM jelaskan maksud jumud?

AMM: Maksud jumud ialah sesuatu perkara yang sudah basi dan tidak relevan lagi atau dalam bahasa Inggeris disebut ‘out-dated’.

Sabahtv.net: Apa yang kebanyakan penganalisis politik telah ramalkan bahawa kemungkinan BN akan menang malah dapat mengekalkan majoriti 2/3, tetapi ada juga ramalan DAP mampu meningkatkan keupayaannya kerana sekarang ini DAP mendahului sokongan dari calon BN, khususnya SUPP.

AMM: BN mendapat 2/3 tidak menghairankan kerana calon PBB di 32 kawasan merupakan pemimpin setia KM Sarawak Taib Mahmud, lagi pun calon-calon PKR yang diturunkan menentang saf kepimpinan Taib semuanya di kalangan surat khabar lama. DAP memang mampu merobek benteng pertahanan BN khususnya SUPP berdasarkan misi perubahan mereka cukup bersedia kerana DAP telah menurunkan calon-calon yang menentang BN-SUPP di kalangan muda-mudi dan cendikiawan iaitu kebanyakannya peguam, doktor dan jurutera.

Sabahtv.net: terima kasih AMM kerana sudi datang ke studio mini kami.

AMM: Terima kasih kembali.

No comments:

Post a Comment