Tuesday 5 April 2011

PBRS RAYU SIAPKAN KLINIK KESIHATAN NABAWAN?



SUMBANGAN….Isteri Timbalan Presiden PBRS, Datin Maria Angin yang juga ahli Biro Kebajikan menyampaikan sumbangan kepada Jani Gambar bagi menampung kos rawatan di hospital berkenan.

Oleh: MEDIA PBRS

PARTI Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) melalui Biro Kebajikannya melawat seorang ahlinya, Jani Gambar, dari Kg.Kalampun, Sook yang telah ditahan di Hospital Queen 1, Kota Kinabalu untuk memberi semangat serta sokongan moral kerana beliau akan menjalani pembedahan pada bila-bila masa.

Rombongan itu diketuai oleh Dr.Florentius Epin Banik yang turut menyampaikan bantuan kewangan untuk menampung kos rawatan beliau.

PBRS melalui Biro Kebajikannya bukan sahaja membuat lawatan kepada ahli-ahlinya tetapi turut menjalinkan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan program perkhidmatan perubatan secara percuma terutamanya di kawasan P.182 Pensiangan.

Dalam pada itu Ketua Biro Kebajikan PBRS, Dr.Florentius Banik juga menggesa kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia agar mengambil tindakan segera mengatasi masalah prestasi kerja pembinaan Klinik Kesihatan Nabawan yang perlahan dan terhenti sejak 3 bulan yang lalu.

"Klinik itu sangat diperlukan oleh masyarakat di Nabawan. Kami ada pengalaman kebanjiran pesakit yang datang ke program perkhidmatan perubatan sebelum ini," kata Dr.Florentius.

Oleh itu kata Dr.Florentius, pelaksanaan projek yang perlahan itu harus diperhebat kerana kemudahan itu sangat-sangat diperlukan penduduk di kawasan pedalaman. Turut hadir sama ialah anggota Pergerakan Exco Wanita dan Pemuda.

No comments:

Post a Comment