Friday 1 April 2011

PEGUAM Vs PEGUAM = SEDCO PENING?


KECELUPARAN Peguam Sedcovest, Tetuan Antin Zakaria & Rauf melayan para penyewanya menyebabkan Pengerusi SEDCO, Datuk Ariffin Ariff dan Pengerusi SEDCOVEST Datuk Awang Sham pening kepala kerana bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan ‘maki hamun’ para penyewa; malah menghadapi penyewa di mahkamah.

Berikut merupakan surat terbaru salah seorang penyewa, Multi Inrich Sdn.Bhd yang bersedia berdepan dengan Tetuan Antin Zakaria & Rauf yang secara malafide menghukum syarikatnya sebagai ‘Holding Over’ atau menduduki premis tersebut secara haram sebagai membalas ‘Surat Ugutan’ Tetuan celupar berkenaan!


MULTI INRICH SDN BHD 646134-D

Lot S-16, 2nd Floor, Wisma SEDCO, Off Coastal Highway,

88000 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel: 088-272586 Fax: 088-252586


Tarikh: 1 April, 2011


ANTIN ZAKARIA & RAUF,

Advocates & Solicitors / Syar’s Counsel,

Lot 07, 5th Floor & Lot 08, 6th Floor,

Wisma SESB, Jalan Tunku Abdul Rahman,

88673 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel: 088-233270 Fax: 088-270086


Tuan,

PENAMATAN PENYEWAAN & KOSONGKAN PREMIS, LOT S-16, WISMA SEDCO.

02) Pihak kami memberi masa 14 hari dari tarikh surat ini untuk pihak tuan menyelesaikan perkara ini. Walau bagaimana pun pihak kami tidak boleh menghalang perkara ini akan dibawa ke mahkamah atau pun tindakan oleh pihak polis.

03) Sekiranya pihak tuan gagal dan ingkar untuk menyelesaikan perkara ini kami terpaksa akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak tuan.

04) Adalah dimaklumkan pihak tuan telah berniat jahat (mala-fide), menjatuhkan, memalukan, menghina, merosakkan atau memfinah syarikat kami yang tuan anggap telah menduduki premis tersebut secara ‘Holding Over‘ dan tidak sah.

Yang benar,

t.t

………………………………..

ABDUL KARIM AHMAD

















No comments:

Post a Comment