Wednesday 6 April 2011

PEMIMPIN SAPP SUDAH MULA NYANYUK?



Oleh: BRYAN ANTABAK

PENAFIAN SAPP terhadap peranan dan sumbangan yang diberikan oleh Puan Minah Ambiru Angdasab terhadap parti itu, ternyata membuktikan parti itu cepat mudah lupa kepada sejarah.

Apatah lagi kepada orang yang berbudi membuka pintu rumahnya untuk dijadikan pusat pelancaran parti itu di kawasan pedalaman seperti Nabawan. Bahkan tuan rumah itu juga membenarkan bendera parti itu dipacakkan di kawasan rumah mereka sebagai tanda SAPP menjejak kaki di Nabawan.

Sebelum menggunakan rumah itu sebagai markas, SAPP dan sebagai salah satu catatan sejarah kepada parti itu di Nabawan. Minah Ambiru bukan sahaja dijanjikan sebagai penjawat Ketua Cawangan SAPP Kg.Sarikan, tetapi zink rumah yang bocor itu turut dijanjikan untuk diberikan kepada tuan rumah. Presiden SAPP sendiri menjanjikan kepada keluarga itu untuk menggantikan atap yang bocor.

Namun sehingga kini, janji Presiden SAPP untuk memberi sumbangan sebanyak 10 keping zink tidak pernah kesampaian sehinggalah arwah Angdasab meninggal dunia.

Kempunan orang tua itu yang meninggal dalam keadaan ‘mangaus’ kepada SAPP. Adakah SAPP berupaya menunaikan janji kepada rakyat apatah lagi perkara kecil seumpama ini sekalipun mereka tidak mampu menunaikannya? SAPP suka berjanji tetapi lari bila diminta untuk menunaikan janji. Itu baru 10 keping zink.

Minah bukan sahaja merelakan dengan penuh keikhlasan penggunaan rumah dan kawasan rumah itu semasa Yong Teck Lee datang untuk menubuhkan cawangan itu di Kg. Sarikan.

Beliau juga telah diperalatkan oleh pemimpin SAPP bahawa beliau dilantik sebagai ketua cawangan namun sejak 2009 jawatan itu langsung tidak ada pengesahan dari pucuk pimpinan parti.

Akhirnya Minah, yang bukanlah sekadar ahli biasa seperti mana yang diperkatakan oleh seorang oportunis dan pakar katak melompat, tetapi dia adalah ketua cawangan yang kemudiannya dinafikan dan hanya memegang jawatan sebagai ketua wanita tanpa sebarang pengesahan rasmi dari SAPP. Inilah buktinya parti ini memperalatkan kejujuran seorang insan yang memerlukan perlindungan masa depan yang dijanjikan oleh pemimpin SAPP.

Keputusan Minah dan kawan-kawan dari SAPP untuk menyertai parti Barisan Nasional (BN) adalah sangat bertepatan sama sekali. Ini kerana parti itu gagal dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Sedangkan perkara kecil tidak mampu dikendalikan, apatah lagi masalah-masalah yang lebih mencabar dan menyentuh tentang masa depan rakyat.

Mungkin oportunis ini tidak mengenali Minah kerana ketika itu beliau masih berada dalam komponen kem pembangkang. Setelah gagal dalam pilihanraya 2008 atas jenama PKR, beliau melihat peluang keemasan dalam SAPP yang keluar dari Barisan Nasional (BN).

Sebagai hadiah terhadap oportunis itu, beliau kemudiannya dilantik sebagai Naib Presiden pada tahun 2009 berikutan masalah dalaman yang berlaku dalam parti itu kerana banyak jawatan kosong memberi kelebihan kepadanya.

Tidak sampai setahun selepas pilihanraya itu beliau mencuba nasib pula di SAPP. Sebagai ahli yang baru dan tenaga baru, tidak hairanlah jika Jimmy cepat melatah sehingga melupakan sejarah dan kenyataan peranan serta sumbangan yang diberikan oleh Minah Ambiru Angdasab semasa berada dalam SAPP.

Tidak hairan, berdasarkan kepada latar belakang Jimmy yang suka mencari kesempatan dalam kesempitan, untuk meneruskan cita-citanya, tidak mustahil beliau akan melakukan satu lompatan lagi sekiranya melihat peluang tersebut memberi kelebihan kepada dirinya.

Seperti mana dirinya yang mudah lupa kepada sejarahnya sendiri atau sengaja, ini tidak hairan jika beliau dan SAPP melupakan peranan yang pernah disumbangkan oleh Minah Ambiru Angdasab sehinggakan sumbangan itu walaupun tidak seberapa di mata mereka, tetapi sedikit sebanyak menjelaskan kepada kita, bahawa peranan dan sumbangan seseorang dalam parti itu tidak sepenting mana. Yang penting mereka berjaya memperalat dan memperguna rakyat yang lemah dan ikhlas dalam mencapai misi mereka.

Mungkin selepas ini Minah akan dilupakan dalam kamus dan sejarah SAPP, tapi rakyat tidak sama sekali melupakan layanan yang diberikan oleh SAPP terhadap tangan yang memberi pertolongan ketika mereka memerlukan. Namun setelah hasrat mereka tercapai, tangan yang menghulurkan pertolongan itu digigit pula. Ini bukan perjuangan. Jangan marah kenapa orang ini dinamakan oportunis kerana, dia suka datang, dia datang; dia suka pergi, dia pergi.

No comments:

Post a Comment