Saturday 2 April 2011

PKR TENOM GOYAH, 21 AJK SERTAI UMNO?



SERTAI… Lampag bersama 21 AJK PKR Tenom menyertai UMNO melalui Jamawi Jaafar di sebuah Hotel di Kota Kinabalu pada Jumaat.

Oleh: NASUTION NAEJEL

KEPIMPINAN Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tenom yang diterajui Datuk Haji Halik Zaman goyah dan kemungkinan cabang itu akan dibubarkan berikutan tindakan Timbalan Ketua Cabang Lampag Kurias berserta dengan 11 Ahli Jawatankuasa Cabang, 5 AJK dari wanita dan 2 AJK daripada Pergerakan Pemuda telah mengistiharkan keluar dan meletakkan jawatan daripada parti itu berkuatkuasa serta merta.

Ekoran perletakkan kumpulan itu, mereka turut menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO kepada Exco Pergerakan Pemuda Umno Pusat yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom, Jamawi Jaafar di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu pada Jumaat.

Berikutan tindakan Lampag dan beberapa Ahli Jawatankuasa PKR itu, menjadikan satu tamparan kepada kepimpinan PKR Tenom lebih-lebih lagi dalam usaha pembangkang khususnya PKR merampas dua DUN (Dun Melalap dan Kemabong) dan satu Parlimen di kawasan Tenom pada PRU13, malah kemungkinan bahagian itu akan dibubarkan kerana ketiadaan korum yang mencukupi untuk berfungsi sebagai satu bahagian.

Difahamkan bahawa berdasarkan Perlembagaan parti itu yang dianggotai 15 Ahli Jawatankuasa dipilih termasuk dilantik seramai 5 orang semuanya berjumlah 20 AJK akan dengan sendirinya terbubar jika 2/3 daripada AJK itu meletakkan jawatan.

Dalam pada itu, Lampag Kurias yang mengesahkan tindakan itu ketika dihubungi jam 6 petang pada Jumaat menjelaskan tindakan mereka adalah kerana telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan PKR Cabang Tenom, Negeri dan Pusat.

“Kami sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Halik Zaman, Presiden PKR Dr Wan Azizah dan Penasihat PKR Dato’Seri Anwar Ibrahim. Kami akan hantar surat perletakkan jawatan PKR melalui faksimili malam ini juga (Jumaat) kepada Ibu Pejabat PKR Kuala Lumpur,” tegas Lampag Kurias.

Sementara itu, Datuk Haji Halik Zaman Ketua Cabang PKR Tenom ketika dihubung untuk mendapatkan ulasan beliau berhubung perkara tersebut menjelaskan bahawa Lampag dan beberapa rakannya memang sudah disedari kelibat mereka sebelum ini dan tidak mengejutkan beliau.

“Saya akan membuat kenyataan akhbar di pejabat cabang PKR Tenom jam 10 pagi untuk menjelaskan segala-galanya. Namun beliau menafikan bahawa tindakan Lampag dan rakan-rakan seotak dengannya akan menggugatkan kepimpinan cabang. Tidak sekali-kali goyah atau dibubarkan malah kita masih kukuh dan mantap selepas pemergian mereka ini,” jelas Halik.

Malahan jelas Halik lagi, kini beliau merasa lega apabila mereka telah keluar meninggalkan PKR kerana tegasnya beliau selama ini terpaksa menahan perasaan yang menekan fizikalnya terhadap kelibat mereka yang tidak pun memberikan impak yang baik kepada parti mahupun rakyat diakar umbi sebaliknya perjuangan mereka lebih kepada kepentingan peribadi mereka semata-mata.

No comments:

Post a Comment