Tuesday 19 April 2011

SAGA NABAWAN BELASAH TENOM 4-1



Oleh : HASSAN DALIMPOS

PASUKAN bola sepak SAGA daerah Nabawan membelasah pasukan SAGA Tenom 4-1 di padang sekolah Henry Gurney pada pusingan kelayakan sukan itu di Keningau.

Kemenangan itu membuktikan pasukan Nabawan yang pernah menjuarai sukan bola sepak pada SAGA IV masih disegani dan menguasai sukan tersebut apabila turut mengalahkan pasukan Tambunan 2-0 pada perlawanan seterusnya di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau II pada Khamis lalu.

Dengan kemenangan itu pasukan Nabawan layak ke pusingan seterusnya, sementara pasukan Keningau layak ke pusingan tersebut. Gol-gol tersebut dijaringkan oleh penyerang Nabawan Eyeos Esing (3 gol), Tison Taihing (1 gol), Wilson Ampoom (1 gol) dan seorang lagi pemain.

Manakala pasukan wanita diungguli oleh pasukan bola sepak daerah Tenom dengan mengalahkan pasukan Nabawan 3-1 dan Keningau 5-3, Tenom layak ke pusingan seterusnya pada temasya sukan SAGA V Keningau 2011 di Keningau pada Jun depan.

Pengurus pasukan Nabawan Akuang A Suan, amat berpuashati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh pemain dari daerah Nabawan dimana banyak serangan yang diberikan namun berjaya menjaringkan beberapa gol yang penting untuk membawa kemenangan pasukan itu.

Turut gembira ialah ketua Urusetia kontinjen Nabawan Esing Singgil di atas kejayaan pasukannya memenangi pusingan kelayakan yang penting ini, turut dipertandingkan ialah sukan bola keranjang yang dimenangi oleh pasukan Tenom yang mengalahkan Nabawan 71-39 di dewan kompleks sukan Keningau.

No comments:

Post a Comment