Wednesday 13 April 2011

SPRM WAJIB BURU TAUKE NIU



Saudara Pengarang,

KAMI berharap MACC Akan terus menyiasat kes KDRM sehingga Jerung besar ditangkap. Seorang pembekal bir terbesar di Sabah yang dikenali sebagai ‘Tauke Niu’ telah bersembunyi di luar negara sementara waktu kerana takut ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan kes penyeludupan di Sabah; namun rakan kongsinya masih berada di Kota Kinabalu untuk terus menjalankan aktiviti penyeludupan bagi pihak Tauke Niu.

SPRM seharusnya menyiasat ‘Draf Bir’ yang diimport oleh Utusan Trading daripada Carlsberg dan Steven Voo (Bekas Pengurus Guinness Anchor Berhad) yang membekal ‘Tiger Beer Draf’ ke semua Pusat hiburan, Hotel Lima bintang dan semua Kelab Mesin Judi dengan harga ‘duty paid’ tapi sebenarnya Bir draf yang dibekal adalah ‘MDNP’.

Kedua mereka adalah Raja penyeludup Bir Draf di Sabah bersama minuman dalam tin dan botol. Kegiatan penyeludup Bir Draf yang diimport masuk guna kontena dan ditarik keluar dari Pelabuhan tanpa ‘declare’ telah merugikan kerajaan kerana kedua pembekal akan jual harga ‘Duty Paid’ kerana Bir Draf tidak dapat dibeli dari ‘Kedai Duty Free.’

Carlsberg Draf Bir hanya diimport oleh Calsberg Agen di Labuan dan Tiger Draf Bir oleh Harrison Trading. Draf Bir tersebut hanya untuk dibekal kedua syarikat tersebut sahaja di Labuan atau Transhipment untuk dibawa masuk ke Sabah. Draf Bir tidak sensitif pada orang awam seperti minuman Tin dan Botol.

Kegiatan Bir Draf yang dibekal oleh kedua syarikat ini lebih hebat dan lumayan untung daripada jualan minuman tin dan botol kerana sesiapa pun boleh dapat beli tin dan botol di ‘Duty Free’. Kedua syarikat tersebut telah menjalankan kegiatan tersebut sejak bertahun tanpa dikesan oleh pihak berkuasa.

Untuk makluman pihak SPRM, sila siasat Harrison Trading berapa tong Bir Draf diimport masuk ke Kota Kinabalu? Tong Kosong yang dikirim balik ke kilang dari Kota Kinabalu untuk diisi semula, kenapa lebih banyak daripada import?

SPRM harus rampas semua manifest kastam bagi tahun 2009 dan 2010 di Kota Kinabalu berapa biji tong draf kosong dikirim balik ke kilang di Kuala Lumpur. Kami juga meminta Agensi Penguakuasa Maritim Malaysia (APMM) dari daerah Sabah agar memantau perairan Lawas dan Limbang untuk menangkap penyeludupan diesel subsidi dan rokok oleh Kroni Ketua Pengarah Kastam Malaysia.

Salam Hormat.

HJ.BAKIR & CO

No comments:

Post a Comment