Friday 8 April 2011

SRI GEMILANG DISAMBUNG 31 MAC LALU



Oleh : PROF. DATO’ DR. SR. KAMARUL RASHDAN BIN SALLEH

MERUJUK kepada laporan laman sesawang www.sabahkini.net bertarikh 27 Mac 2011 bertajuk ‘Bila Bandar Sri Gemilang Disiapkan?’.

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah sedia maklum akan masalah yang sedang dihadapi dengan projek Bandar Sri Gemilang, Lahad Datu, Sabah.

Untuk makluman, SPNB telah melantik dan mengarahkan kontraktor, Tetuan Supernesa Sdn. Bhd. untuk memulakan kerja-kerja pembangunan.

Bagaimanapun, terdapat kelewatan daripada pihak kontraktor dalam memenuhi syarat dan keperluan kontrak.

Oleh itu, SPNB telah mengarahkan kontraktor untuk memulakan kerja-kerja pembinaan dengan kadar segera selewat-lewatnya pada 31 Mac 2011.

Projek Perumahan Bandar Sri Gemilang merupakan projek Rumah Mampu Milik (RMM) yang melibatkan pembangunan 2,574 unit berkeluasan dari 700 kaki persegi .

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) diperbadankan pada 21 Ogos 1997 merupakan Syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan yang ditubuhkan untuk menyediakan Rumah Mampu Milik yang berkualiti untuk semua keluarga di seluruh Malaysia selaras dengan objektif perumahan negara. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.spnb.com.my

1 comment: