Friday 8 April 2011

STESEN SOLAR HIBRID PEGALUNGAN TERJEJAS



Oleh: MEDIA SESB

PENGHANTARAN minyak diesel melalui jalan darat ke Stesen Solar Hibrid milik SESB di Daerah Kecil Pegalungan, Nabawan telah terjejas ekoran kejadian tanah runtuh di jalan menuju ke kawasan Pegalungan sejak beberapa hari yang lalu.

Oleh itu, stesen ini kini hanya dapat membekalkan bekalan elektrik selama beberapa jam sahaja berbanding 24 jam sehari sebelum ini kepada lebih kurang 50 orang pengguna di kawasan sekitar setelah bekalan minyak diesel di stesen tersebut habis.

SESB juga akan berusaha serta bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang berwajib seperti Pejabat Daerah dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menghantar bekalan minyak ini ke stesen tersebut dengan kadar segera bagi membolehkan stesen ini kembali beroperasi 24 jam sehari. .

No comments:

Post a Comment