Thursday 7 April 2011

TANGKAP JERUNG BESAR KDRM

Saudara Pengarang.

SEBAGAI warga Malaysia yang bertanggung jawab dan juga pembayar cukai, kami sentiasa bersedia untuk membantu dan menyalurkan apa sahaja maklumat yang kami tahu atau terima daripada kawan bahawa mana-mana pegawai kerajaan yang menyalahguna kuasa dan rasuah kepada SPRM untuk tindakan susulan.

Dalam artikal ‘Tangkap segera Ketua Pengarah Kastam’ dan ‘SPRM Jangan Lupa Kes Bintulu dan Miri’ oleh Pesara Anti Rasuah dan Pegawai Kastam Pencen; kami juga ingin menyalurkan sedikit maklumat yang kami terima daripada kroni Ketua Pengarah Kastam Malaysia.

Ketua Pengarah Kastam dan pegawai kanannya, Haji Salleh hanya menghabiskan masanya menunggu Pencen kerana harta benda mereka tidak habis dimakan dua keturunan.

Sebelum Sabahkini.net menyiarkan kes Dato’ Khalid menyalahguna kuasa dan kes rasuahnya, beliau telah mengadakan ‘Ops Pagar’ di Labuan untuk menunjukkan kepada Perdana Menteri dan Menteri Kabinet bahawa beliau adalah seorang Ketua Pengarah yang bersih dengan harapan selepas pencen pada penghujung tahun ini akan disambung perkhidmatannya secara kontrak selama dua atau tiga tahun lagi.

Sebenarnya Ketua Pengarah Kastam dan Pengarah Negeri Hj. Salleh lebih dahsyat dari 62 orang Pegawai kastam yang dicekup minggu lepas oleh SPRM kerana Dato’ Khalid adalah Jerung besar di Jabatan Kastam Malaysia yang terlibat dengan Penggubahan Wang Haram, Rasuah dan Menyalahguna Kuasa.

Dato’ Khalid telah membeli banyak harta di Australia, tidak termasuk wang yang disimpan di Bank Australia kerana beliau akan berhijrah ke Australia jika tidak disambung kontraknya. Maklumat yang kami beri di sini benar atau tidak rakyat Malaysia boleh menganalisanya di masa akan datang.

Walaupun seorang Pegawai Kanan kastam yang terjun dari Pejabat SPRM beberapa hari lalu, kami berharap SPRM akan terus menerus menyiasat kes rasuah KDRM.

NGO di sebuah suratkhabar telah meminta Ketua Pengarah Kastam meletakkan jawatan segera kerana Jabatan Kastam telah merugikan kerajaan Malaysia berbilion ringgit. Bagaimana beliau ingin terus menjaga pegawai jika dirinya lebih teruk?

Kami berharap SPRM akan menyiasat kedua Pengarah tersebut tanpa ketakutan kerana kita tidak mahu Kerajaan BN yang kami sayangi selama ini tumbang dalam PRU 13 akan datang kerana Pemimpin dan Pegawai Kerajaan yang rasuah dan menyalahguna kuasa. Rakyat maki kerajaan kerana gara-gara kejalangan mereka.

Salam Hormat.

UJANA MERDEKA LABUAN

No comments:

Post a Comment