Tuesday 5 April 2011

TRANSFORMASI PENDIDIKAN AMAT PENTING


MESRA…Japlin bersalaman dengan ibubapa yang hadir sejurus tiba untuk merasmikan mesyuarat agung tersebut.

Oleh : JAAFAR ABD WAHID

“TUGAS mendidik pelajar bukan lagi merupakan tugas eksklusif pihak sekolah tetapi tanggungjawab bersama semua pihak,” ujar Pembantu Menteri Pembangunan Insfrastruktur, Datuk Japlin Akim yang menegaskan bahawa para guru, ibu bapa dan PIBG perlu bersama menggalas tanggungjawab bagi memastikan peningkatan tahap kecermalangan pendidikan negara.

"Kita perlu memastikan pelajar kita dapat dibimbing dididik, diberikan suntikan semangat dan mitovasi, agar menjadi manusia berguna yang dapat meningkatkan pencapaian akademik dan bukan akademik agar dapat menyumbang kepada pembangunan negara pada masa akan datang.

"Transformasi yang dilakukan oleh kerajaan ke arah negara berpendapatan tinggi (GTP) memerlukan sokongan semua pihak dan pendidikan merupakan antara elemen yang turut membantu menjayakan proses tranformasi tersebut,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung (PIBG) SMK Pekan II Kota Belud dekat sini kemarin.

Hadir sama, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Pekan II, Ahmad Mehat dan Yang Dipertua PIBG SMK Pekan II, Haji Abdul Majad Haji Halim.

Menurut Japlin yang juga wakil rakyat kawasan Usukan, dari satu sudut proses transfromasi pendidikan telah berjaya dilaksanakan, bagaimanapun terdapat keperluan bagi memastikan proses tersebut tidak hanya tertumpu kepada sekolah- sekolah yang terpilih; malah perlu juga ditumpukan kepada sekolah yang kurang maju atau sekolah yang terletak di kawasan luar bandar.

LAWAT…Japlin diriingi oleh Yang Dipertua PIBG dan guru-guru ketika mengadakan lawatan ke kawasan bangunan baru SMK Pekan II Kota Belud selepas merasmikan mesyuarat agung tersebut.

Sehubungan itu, Japlin menjelaskan selain kemudahan yang disediakan oleh kerajaan, PIBG serta ibubapa juga perlu berusaha serta memainkan peranan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi melestarikan tranformasi pencapaian kecemerlangan pendidikan di setiap sekolah di negara ini.

“Kerjasama ibubapa bukan sahaja menghadiri mesyuarat agung PIBG sahaja namun ianya perlu beterusan bagi menyokong setiap program yang dilakukan oleh PIBG dan pihak sekolah dari masa ke semasa” katanya.

Dalam pada itu beliau juga berharap agar pihak Jabatan Pelajaran mengambil langkah segara untuk mengiisi kekosongan pengetua SMK II yang kosong ekoran persaraan wajib bekas pengetuanya sejak bulan Ogos lepas.

“Tindakan segara bagi mengisi kekosongan ini perlu dilakukan agar proses pentadbiran di sekolah ini berjalan dengan lancar,“ tegas Japlin.

No comments:

Post a Comment