Tuesday 24 May 2011

ASNAN ROLE MODEL BUMIPUTERA SABAH



SERAH…. Asnan Yunus Chung ketika menyerahkan chek kepada Susukon Lambing, ibu kepada mendiang Rozita Pitong, dari kawasan Kemabong.

Oleh : HJ.WAHAB TIMPAI.

SETELAH melibatkan dalam persatuan berpakaian seragam seperti Bulan Sabit Merah (BSMM), Asnan Yunus Chung kini menjadi pemimpin terunggul dalam BSMM di Tenom.

Kecekalan beliau menjalankan tugasnya sebagai kakitangan Hospital Daerah Tenom sebelum bersara wajib dibawanya dalam memimpin BSMM sejak 1973 lagi.

Asnan yang kini berusia 59 tahun, tidak mengenal siang dan malam menjalankan tanggungjawab seperti yang diwajibkan dalam BSMM dalam membantu mereka yang memerlukan ketika berlaku banjir dan sebagainya.

Kepimpinan beliau sejak terlibat dalam BSMM pada 19973 lagi kini berjaya menggamit hati genarasi muda memasuki persatuan itu, atas sifatnya suka bertolak ansur, merendahkan diri, tetapi tegas ketika membuat keputusan.

Dalam pada itu, pemilihan jawatan kepimpinan BSMM di peringkat daerah Tenom baru-baru Asnan, kekal untuk menerajuinya.

Dalam ucapan penggulungannya, beliau merakamkan berbanyak terima kasih kepada perwakilan yang masih memberikan kepercayaan kepadanya untuk terus memimpin BSMM Tenom.

Bagaimanapun, katanya, setiap kejayaan BSMM Tenom merupakan atas komitmen semua ahli persatuan di samping kerja sama yang terjalin sejak dahulu lagi.

“Saya tidak boleh bersendirian memikulkan tanggugjawab kemajuan BSMM tanpa kerja sama para ahli dan masyarakat,” jelas Asnan.

Ujar beliau lagi, pencapaian terbaik yang diperolehi BSMM daerah Tenom setiap kali beroperasi merupakan kejayaan kita bersama untuk mengharumkan nama BSMM.

Di majlis itu juga beliau mengingatkan ahli BSMM supaya mengutamakan imej Persatuan dan bukan untuk kepentingan peribadi.

Kegagalan persatuan yang berpakaian seragam yang lain kerana ahlinya membelakangkan dasar persatuan menyebabkan persatuan itu kehilangan ahli dan sukar beroperasi ketika ia di perlukan oleh masyarakat, kata Asnan.

Menurutnya, displin dalam menjalankan tugas merupakan kunci utama kejayaan BSMM dengan setiap ahli menghindarkan dari prasangka buruk rakan seperjuangan BSMM.

Selain dari memimpin BSMM, Asnan juga dipertanggung jawabkan sebagai Ketua Pengurus Agensi Unit 312, MCIS Zurich Insurance Bhd yang beroperasi seluruh Sabah.

Asnan satu-satunya anak watan Tenom yang berjaya dalam apa juga bidang yang beliau ceburi kerana kejujuran dan keikhlasan beliau membawa dirinya terus popular ke arah yang lebih baik dalam impiannya itu dan kini beliau bergelar sebagai ahli Korporat di Tenom.

Masyarakat bumiputera @ Murut begitu yakin membeli insuran yang dikendalikan oleh Asnan kerana beliau dikenali sejak bertugas di Hospital Tenom lagi dan mudah berdampingan membantu tidak kira apa juga latar belakang orang itu.

Semantara itu Wakil Rakyat Kemabong, Datuk Rubin Balang menyifatkan kejayaan Asnan menjadi contoh kepada masyarakat di daerah Tenom, khususnya bumiputra yang sedang terlibat dalam persatuan atau aktiviti yang lain.

Beliau menyatakan demikian dalam ucapan perasmiannya di majlis mesyuarat pemilihan BSMM di Hotel Perkasa Tenom, baru-baru ini

No comments:

Post a Comment