Sunday 1 May 2011

DUA PROFESIONAL SERTAI SAPP TENOM



ZIARAH….. Roger (kiri) dan Jimmy ketika menziarahi Rasid Buraw.

Oleh: MEDIA SAPP TENOM

SEORANG peguam muda, Roger Stimin, 38 dan Pensyarah ICT, Nelly @ Nur Natasya kini sah telah menjadi ahli SAPP setelah kedua-duanya menyerahkan borang keahlian mereka kepada Pengerusi CLC Tenom, Jimmy Jawatah dalam satu majlis ringkas di pejabat Perhubungan SAPP di Tenom baru-baru ini.

Turut menyerahkan borang keahlian untuk menyertai SAPP pada majlis itu seorang belia lepasan STPM, Maxson Majiadih, 21.

Dalam pada itu, difahamkan bahawa beberapa lagi belia dan beliawanis yang sepatutnya akan melakukan penyerahan borang untuk menyertai parti itu tetapi difahamkan mereka mempunyai kekangan lain yang memungkinkan ketidak sesuaian bagi mereka menyerahkan borang keahlian mereka.

Dengan penyertaan dua ahli profesional ke dalam SAPP di sini disifatkan oleh banyak pihak bahawa perjuangan SAPP Tenom, setidak tidaknya sudah merestui kehendak dan harapan rakyat hususnya pengundi, yang mahukan mereka diwakili oleh pemimin muda, berwibawa dan berketerampilan menggalas tugas sebagai pemimpin yang bertanggung jawab.

Roger Stimin, berketurunan Murut Timugon berasal dari Kg Pulong Tenom, lulusan Undang Undang (LLB) dari UKM dan kini bertugas di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur.

Manakala Nelly @ Nur Natasya Abdullah yang juga berketurunan Murut Timugon berkelulusan Sains Pendidikan Multimedia dari UPM, kini beliau bertugas sebagai Freelance lecturer di pusat-pusat pengajian Multimedia swasta di Sabah. Sebelum ini Nelly pernah menjadi pensyarah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta.

Ketika kedua-duanya ditanya apakah perkara yang mendorong mereka menyertai parti pembangkang seperti SAPP dan mengapa pula tidak sahaja parti kerajaan mereka berkata;

SERTAI… Roger sah sertai SAPP bersama Nelly@ Nur Natasya (empat dari kiri).

“Saya menyertai SAPP sebagai pilihan utama untuk berjuang mempertahankan hak asasi rakyat negeri Sabah dan membantu mendesak kerajaan pusat supaya hak-hak rakyat yang terkandung di dalam Perjanjian Malaysia atau 20 Perkara dikaji semula dan diperbetulkan.”

Manakala Nelly pula berkata,”SAPP merupakan parti tempatan perlu disokong kerana agenda perjuangannya adalah untuk mengembalikan hak kuasa autonomi sepertimana yang dipersetujui ketika pembentukan Malaysia bersama Sabah, Sarawak dan Malaya.”

“Kita juga ingin melihat hak Sabah dalam agehan ekonomi diberi keadilan sewajarnya seperti sumber galian petroleum, keadilan sistem kabotaj dan juga hak mengurus sendiri sistem percukaian,” tegas Nelly.

Sementara itu, sejurus selepas majlis penerimaan borang keahlian, mereka terus bertandang ke Kg Mantailang Bawah untuk menziarahi seorang warga emas yang telah uzur, Rasid Buraw @ Tantarau, 75, iaitu seorang pesara kakitangan JKR.

No comments:

Post a Comment