Saturday 7 May 2011

IKRAR TAAT PKR SABAH KEPADA WAN AZIZAH



Oleh : MEDIA PKR

MESYUARAT PKR Pimpinan Negeri Sabah kelmarin (6 Mei 2011) telah berlangsung dengan penuh suasana muhibbah. Perbincangan mengenai ‘Risalah Tambahan dalam Buku Jingga Asal untuk Negeri Sabah’ telah dihalusi perkara 1, 3 dan 10 setelah menimbulkan kontroversi umum.

Namun berkat kebijaksanaan Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail kontroversi berkenaan telah diselesaikan dalam satu majlis khas yang dipengerusikan oleh Saidil Simoi.

Perubahan perkara 3 mengenai pemberian PR kepada PATI telah dimansuhkan dan mesyuarat telah menyerahkan tanggungjawab kepada Saidil Simoi untuk mengubah suai Buku Jingga itu sejajar dengan kehendak semua pihak dan akan dibentangkan untuk persetujuan Ketua-Ketua Cabang yang akan bermesyuarat dalam masa terdekat.

Mesyuarat berjalan dalam suasana tenang dan penuh rasa tanggungjawab semua Ketua Cabang yang hadir.

Dalam pada itu, Fitnah-3 yang melanda Presiden dan keluarganya, kelihatan perpaduan berganda dan semakin utoh ketaat setiaan kepada Presiden dari semua Ketua Cabang setelah berlaku ‘carik-carik bulu ayam’ baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment