Tuesday 17 May 2011

ISU SUKU BRUNEI TIDUNG, MARA MOHON MAAF



Saudara Pengarang,

Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada laporan berita di atas yang disiarkan melalui Sabahkini.net bertarikh 13 Mei 2011. Dimaklumkan berlaku kekeliruan dari segi pentakrifan Bumiputera Sabah dan pihak MARA memohon ribuan maaf atas perkara ini.

Pada masa yang sama, permohonan pelajar boleh dipertimbangkan jika memenuhi syarat-syarat penajaan MARA dari aspek akademik seperti berikut:-

(i) Pelajar perlu mencapai CGPA 3.5 atau 80% ke atas bagi peringkat pengajian terdahulu,

(ii) Bagi penguasaan Bahasa Inggeris, pelajar perlu mencapai keputusan International English Language Testing System (IELTS) 6.5 ke atas, dan keputusannya hendaklah dikemukakan kepada MARA, dan

(iii) MARA hanya menaja pelajar ke universiti terkemuka luar negara sahaja.

Pelajar juga boleh menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-26915525 atau 03-26935342 untuk mendapat penerangan lanjut mengenai perkara di atas.

Untuk makluman, Universiti Teknologi MARA (UiTM) bukan lagi di bawah naungan MARA.

Sekian, terima kasih.

HASNI BINTI SULEIMAN

Pengarah Hal Ehwal Korporat b/p Ketua Pengarah MARA

Tel: 03-26924035

Fax: 03-26927386

No comments:

Post a Comment