Sunday 29 May 2011

JANGAN HUKUM KKLW JIKA GUNA TENAGA HITAM



Saudara Pengarang,

PERJUANGAN Sabahkini.net untuk memastikan Sabah selamat daripada pencemaran logam berat seperti Plumbum amat dihargai sekalipun saya tidak bersetuju dengan tindakan Sabahkini.net menjatuhi hukuman terhadap Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebagai penjenayah alam sekitar.

Sebagai warganegara yang membayar cukai dan pemilih berdaftar, (tanpa melibatkan kedudukan saya sebagai pegawai kerajaan), saya mempunyai hak untuk membuat teguran ikhlas dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam isu penggunaan bateri asid plumbum yang berbahaya di dalam projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB).

Namun saya amat kesal kerana sejak tender BELB dibuka, tidak ada satupun syarikat Teknologi Hijau tampil menyertai tender berkenaan atau mencadangkan sebarang kaedah untuk mengatasi masalah bekalan elektrik luar bandar yang begitu meruncing di saat ini.

Akibatnya, KKLW terpaksa menerima tender teknologi solar atau angin atau alternatif lain yang menggunakan ‘Teknologi Hitam’ iaitu Bateri Asid Plumbum dalam pelbagai bentuk, sekalipun amat berbahaya kerana Sabah dan Sarawak tidak mempunyai pusat pelupusan.

Sehubungan itu, bagi memperbaiki keadaan, ada eloknya kita mencapai keputusan ‘menang-menang’ iaitu mempelawa semua syarikat pembekal elektrik tenaga hijau menyertai setiap tender dan mencadangkan kaedah penyelesaian terbaik bagi membantu KKLW menyelesaikan isu masalah prasarana luar bandar.

Salam Hormat,

PEGAWAI KKLW YANG TERKILAN

No comments:

Post a Comment