Thursday 26 May 2011

JANGAN MANGSAKAN AHLI UMNO!



DAIF....Sebahagian jalan yang rosak d Kampung Cahaya Baru perlu dibaiki segara.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

SEBILANGAN besar penduduk Kampung Cahaya Baru dalam kawasan Elopura, 70 peratus daripada mereka adalah pengundi Barisan Nasional (BN) sudah sekian lama dahagakan kemudahan asas seperti balairaya, masjid mahupun surau.

Pembangunan tunggal di kampung tersebut ialah jambatan yang sudah berusia 15 tahun yang lalu dan kebanyakannya sudah reput dan hanya tinggal runtuh menyembah bumi pada bila-bila masa saja daripada sekarang.

Dalam tinjauan Sabahkini.net ke kampung berkenaan, beberapa orang penduduk yang nama mereka tidak disiarkan di portal ini demi mengelak kejadian yang tidak diingini, menyatakan kampung Cahaya Baru benar-benar terpinggir daripada menikmati arus pembangunan mahupun kemudahan asas yang diperlukan.

Kata mereka lagi, contoh yang paling terdekat ialah kerosakan jalan raya penghubung antara Kampung Mangkalinau dan kampung tersebut sudah bertahun-tahun dialami dan sudah berpuluh-puluh kali dimaklumkan kepada pihak berkenaan; khususnya ADUN Elopura, MPS mahupun Ahli Parlimen Sandakan, tetapi sehinga ke hari ini tiada penyelesaiannya.

“Kami tidak tahu apakah kerana kami ahli UMNO maka Adun Gerakan dan MP daripada LDP langsung tidak mempedulikan kami? Jika mereka ada sengketa dengan pemimpin atasan, janganlah mangsakan kami yang tidak berdosa,” kata Ahmad, salah seorang pengundi tegar BN yang mendesak Ketua Menteri Sabah tidak lagi memberikan kerusi tersebut kepada Gerakan dan LDP pada pilihanraya umum akan datang.

Kata Ahmad, pemimpin yang sedia ada gagal menjaga kebajikan ahli UMNO yang merupakan pengundi tegar BN dan Fixed Deposit kawasan berkenaan sejak sekian lama.

“Kita bukanlah mahu kekayaan ataupun projek, tetapi bersyukurlah kalau penduduk di sini mendapat pembelaan daripada Wakil Rakyat mahupun Ahli Parlimen untuk menikmati sedikit kemudahan asas seperti kawasan lain,” jelas Ahmad dengan panjang lebar.

Memandangkan pilihanraya umum ke 13 (PRU-13) sudah semakin dekat, kata Ahmad, jika Adun dan Ahli Parlimen sekarang masih berminat untuk menjadi calon, maka mereka wajar mengatasi masalah kemudahan asas ini sebelum terlambat.

“Apakah Ketua UMNO Sandakan juga turut terlibat atau membiarkan kami dilanyak oleh pemimpin parti komponen BN? Saya tidak fikir beliau akan membiarkan penindasan terbuka ini dilakukan kepada kami sebagai ahli UMNO,” ujar Ahmad yang mengakui BN akan tewas di semua kawasan berkenaan termasuk Batu Sapi kerana rakyat mula marah disebabkan kemudahan asas semakin mundur.

Kata Ahmad, lebih baik beliau menegur pemimpin BN daripada dijadikan isu pembangkang pada pilihanraya umum akan datang kerana katanya,”kami sayang UMNO tapi kami benci pilihkasih dan hipokrasi.

Ahmad bagaimanapun meminta agar gambarnya tidak disiarkan kerana bimbang kuncu-kuncu wakil rakyat akan menjadikan beliau mangsa politik seperti yang terjadi kepada beberapa orang penduduk kampung sebelum ini sehingga Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung terpaksa berdiam diri.

8 comments:

  1. Hope that the government will not let down their supporters. Fix what should be fixed long ago and take care of the people's needs.

    ReplyDelete
  2. the people has been a good supporter to the government, i hope the government will not let them down.

    ReplyDelete
  3. BN will need to strive hard to help the people if they want to remain as the government.

    ReplyDelete
  4. kemudahan atau jalan yang rosak haruslah diperbaiki kerana ianya sentiasa digunakan oleh penduduk.

    ReplyDelete
  5. wakil rakyat dan ahli parlimen perlu bertindak agar masalah mengenai kemudahan asas ini dapat diatasi dengan segera dan kepercayaan rakyat melalui undian pada waktu pilihan raya tidak sia-sia.

    ReplyDelete
  6. Harap masalah dan suara penduduk perlulah dibantu. Jangan biarkan mereka kehilangan kepercayaan dengan kerajaan.

    ReplyDelete
  7. kemudahan asas penduduk perlu disediakan. penduduk amat memerlukannya.

    ReplyDelete
  8. pelik la.. pengadu tidak takut mengadu, tapi takut mendedahkan identitinya.. kononya takut dijadikan mangsa kuncu2 wakil rakyat.. tapi kenapa undi parti itu kalau takut jadi mangsa?

    ReplyDelete