Tuesday 24 May 2011

KENINGAU BELUM SEDIA JAYAKAN SAGA V?



Oleh: MEDIA PAS

PROGRAM Sukan SAGA (SABAH GAMES V) yang akan berlangsung di Keningau bakal berdepan dengan masalah infrastruktur yang tidak menepati standard. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Hisammuddin Sulaiman, Ketua Penerangan PAS Negeri Sabah.

Dalam tinjauan Pas Sabah, prasarana yang dibina hampir terbengkalai di samping, ada tempat seperti sekolah-sekolah yang dijadikan venue perlawanan SAGA V, tidak disalurkan peruntukan dan kemudahan-kemudahan yang diperlukan.

Hisammuddin, turut menyokong gesaan Pegawai Daerah keningau, Amat Mohd Yusof, supaya kontraktor mempercepatkan proses pembaikan di Kompleks Sukan Keningau memandangkan upacara SAGA V akan diadakan pada 6 Jun depan.

Upacara sukan terulung di Sabah itu memilih Daerah Keningau untuk menjadi tuan rumah temasya itu pada kali ini.

Pada tinjauan Pas Sabah, setakat ini pembinaan dalaman dan luaran Kompleks sukan Keningau masih belum siap sepenuhnya dan jelas berlaku kebimbangan di kalangan masyarakat Keningau yang sudah pun bersedia menyambut tetamu dan orang ramai dari luar bersempena temasya tersebut.

Hisammuddin, yang merupakan YDP Pas kawasan Keningau melahirkan kebimbangan campur tangan politik dan pembahagian tender projek-projek sempena ‘Sabah Games’ tidak diuruskan dengan baik sehingga akan memberi kesan kepada prestasi atlet-atlet dalam temasya itu.

Lebih membimbangkan lagi, sejauh mana ketahanan bangunan dan prasarana yang dibangunkan kerana merujuk kepada laporan akhbar tempatan, peruntukan pembinaan venue sukan SAGA-V ini dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah sebanyak RM 12 juta.

“Inilah contoh terbaik kalau projek rakyat ini diagehkan kepada kroni-kroni yang akhirnya akan menghasilkan projek ‘Instant Noodles’ ibarat ‘bagaikan mee maggi, sedap dimasak, sedap dimakan,” kata Hisammuddin.

Tambahnya lagi, ada juga desas desus kontraktor memboikot kerana projek-projek bernilai tinggi diserahkan kepada kroni pimpinan Umno Sabah.

No comments:

Post a Comment