Tuesday 24 May 2011

KEPELBAGAIAN BUDAYA ASET PELANCONGAN



IRING…Lajim serta jemputan lain mengiringi Pairin bersalaman dengan orang ramai sejurus tiba di majlis tersebut

Oleh: JAAFAR ABDUL WAHID

RAKYAT di negeri ini disarankan agar menjadi kepelbagaian dan keunikan pelbagai budaya dari pelbagai etnik dan kaum sebagai eleman penting untuk melestarikan hubungan muhibbah serta perpaduan kaum demi mempertahankan kestabilan politik di negeri ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata perbezaan agama dan fahaman politik tidak seharusnya dijadikan sebagai kekangan dalam mejalin hubungan muhibah kerana konsep perkongsian perayaan melalui kepelbagaian budaya rakyat di negeri ini turut membantu kerajaan menjana kemajuan dan keamanan secera berterusan

Menurut Ahli Parlimen Beaufort ini, setiap rakyat di negeri ini mempunyai peranan serta tanggungjawab masing-masing dalam memastikan keharmonian negeri.

“Kita melihat melalui perayaan pesta kaamatan yang kita rayakan setiap tahun ia bukan sahaja dirayakan oleh masyarakat KadazanDusun semata-mata, malah kaum-kaum lain turut sama merayakannya kerana perayaan ini turut menjadi wadah mewujudkan semangat harmoni rakyat di negeri ini,” katanya ketika berucap di majlis Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kuala Penyu di Dewan Masyarakat Dato Shah Bandar Makang, Kuala Penyu, kemarin.

SEMANGAT …Lajim bersama jemputan lain mengiringi Pairin memotong padi sebagai simbol perasmian pesta tersebut.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan dan turut dihadiri oleh Wakil Rakyat Kuala Penyu, John Teo Mau Sing Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo dan Pengerusi KDCA Kuala Penyu Sebastian Dirih Anjim

Lajim menambah melalui perayaan Pesta Kaamatan juga semangat perpaduan kaum dapat dipupuk selari dengan Gagasan 1Malaysia dan ini amat penting bagi membolehkan kerajaan menjayakan pelbagai agenda pembangunan yang lebih berkesan dan menyeluruh demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Sehubungan dengan itu Lajim mahu rakyat di negeri ini mempertahankan perpaduan serta keamanan yang sedia ada dengan menolak beberapa usaha pihak-pihak tertentu yang cuba meniupkan amat perkauman.

Beliau juga menyambut baik usaha kerajaan negeri dengan memilih daerah Kuala Penyu pada tahun 2012 sebagai tuan rumah majlis pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri kerana menurut beliau langkah tersebut merupakan berita baik untuk rakyat di daerah ini dan mampu menjana sektor pelancongan di kawasan tersebut

No comments:

Post a Comment