Wednesday 4 May 2011

KKLW SAHKAN TIADA NKRA BERPENYAKIT DI SABAH


Saudara Pengarang,

SUKACITA saya bagi pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ingin membuat penjelasan kepada artikel yang bertajuk ‘Projek NKRA Berpenyakit Di Sabah’ yang disiarkan melalui portal Sabahkini.net pada 26 April 2011 dan juga beberapa ulasan susulan ke atas artikel berkenaan iaitu ‘Raime Perlu Lapor Kes Penyelewengan’ (29 April 2011), ‘Raime Ada Udang Di Sebalik NKRA?’ dan ‘Kenapa Fitnah Raime Jika Pemimpin BN Gagal? (30 April 2011).

Untuk makluman Saudara Pengarang, semua senarai projek sama ada di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 dan NKRA termasuk Program Jalan Luar Bandar (JALB) di Sabah dan lain-lain negeri telah disemak dan dipersetujui oleh YAB Ketua Menteri/Menteri Besar bagi negeri-negeri yang berkenaan termasuklah juga projek-projek yang akan dilaksanakan di negeri Sabah.

Dakwaan yang mengatakan bahawa projek Jalan Dispensari, Tenom, Sabah tidak dirujuk dan diminta oleh Kerajaan negeri Sabah adalah tidak benar. Ini adalah kerana cadangan projek jalan berkenaan telah dirujuk dan dipersetujui terlebih dahulu oleh YAB Ketua Menteri Sabah.

Sebelum YAB Ketua Menteri Sabah memberi persetujuannya, senarai projek yang dicadangkan akan terlebih dahulu ditunjuk dan dimaklumkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen yang berkenaan.

Urusan ini kendalikan oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) yang terlebih dahulu memperoleh maklumbalas dari pelbagai pihak termasuk ADUN dan Ali Parlimen yang berkenaan.

Berdasarkan kepada maklumbalas yang diperolehi, senarai projek/JALB disusun oleh UPEN Sabah dan dikemukakan semula kepada YAB Ketua Menteri Sabah untuk dimuktamadkan.

Senarai projek serta kaedah pelaksaaan projek-projek NKRA khususnya telah dibincangkan secara panjang lebar di dalam Makmal Khas Pelaksanan NKRA JALB sebelum NKRA di lancarkan tempoh hari.

Semua pihak yang berkepentingan seperti wakil JKR Sabah, UPEN Sabah, KPLB Sabah dan wakil kerajaan Negeri duduk bersama membincangkan projek-projek NKRA bagi negeri Sabah di dalam Makmal berkenaan.

Bagi projek Jalan Kemabong-Marrais, Tenom, dakwaan mengenai projek tersebut akan dibatalkan/ditangguhkan adalah tidak benar sama sekali.

Berdasarkan kepada dakwaan bahawa terdapat halangan daripada Jabatan Hutan, ianya memang benar pada peringkat awal pelaksanaan. Namun begitu, status terkini, Jabatan Hutan Negeri Sabah telah memberi kebenaran dengan syarat jajaran jalan berkenaan diubah sedikit supaya hanya minimum sahaja jajaran jalan berkenaan yang melibatkan kawasan hutan.

Sebagai jaminan, ingin saya tegaskan bahawa kesemua jalan-jalan yang dinyatakan di dalam artikel berkenaan akan dilaksanakan sepertimana yang dirancangkan dan mengikut peraturan perolehan yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Tidak timbul isu penyelewengan dari segi harga dan kaedah pelaksanaan seperti mana yang didakwa oleh beberaap artikel termasuk kenyataan yang dibuat oleh Darry Vun, Tenom melalui artikel ‘Raime Perlu Lapor Kes Penyelewengan’ (29 April 2011).

Sekian dimaklumkan.

Terima kasih.

NIK ABD. KADIR NIK MOHAMMAD

Setiausaha Bahagian,

Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek,

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,

Aras 7, Blok D9, Kompleks D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62606 PUTRAJAYA, MALAYSIA.

16 comments:

  1. Bagusla kalau begitu.

    ReplyDelete
  2. diharap semua projek NKRA dapat dilaksanakan dengan jayanya.

    ReplyDelete
  3. apaun, semua projek yg dilaksanakan perlu mengikut landasan yang betul agar tidak timbul sebarang masalah.

    ReplyDelete
  4. baguslah kalau tiada projek NKRA berpenyakit di Sabah.

    ReplyDelete
  5. yang penting pastikan semua projek bermanfaat dan berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  6. jangan bagi info yang tidak betul.

    ReplyDelete
  7. nampaknya penjelasan sudah diberikan dari pihak berwajib.

    ReplyDelete
  8. diharap penjelasan ini akan memuaskan hati semua pihak..

    ReplyDelete
  9. diharap semua projek di bawah NKRA akan dapat dilaksanakan..

    ReplyDelete
  10. pastikan semua projek tersebut tidak akan berpenyakit di masa akan datang.

    ReplyDelete
  11. Hope that allegations such as this can be investigated first.

    ReplyDelete
  12. apabila hendak membuat sesuatu projek, pastikan ia mempunyai perancangan yang rapi agar tidak timbul lagi sebarang masalah.

    ReplyDelete
  13. Nampaknya penjelasana sudah diberikan mengenai KKLW di Sabah.

    ReplyDelete
  14. penjelasan seperti ini yang kita mahukan sebaik aduan atau laporan dibuat oleh pihak tertentu. setiap isu yang timbul perlu dijawab secepat yang mungkin bagi mengelak timbulnya sebarang spekulasi negatif.

    ReplyDelete
  15. KKLW harus memastikan semua projek yang dilaksanakan akan berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete