Wednesday 11 May 2011

KPDNKK WAJAR DIMANSUHKAN



Saudara Pengarang,

KPDN harus tutup kedai supaya tidak membazir duit rakyat Malaysia kerana DVD cetak rompak dijual di semua kompleks membeli belah di Kota Kinabalu tanpa sebarang tindakan daripada pihak berkuasa berkenaan.

Kami percayai Pegawai KPDNKK tidak menjalakan tugas atau mereka dalam PAYROLL sindiket cetak rompak sehingga mereka tidak nampak kedai VCD menjual cetak rompak terbuka dan tayang wayang terbaru di TV di hadapan premis tanpa sijil B.

Kami cuma pernah membaca di suratkhabar bahawa PDRM dari cawangan CCID yang tangkap penjual VCD cetak rompak tanpa Sijil B di kedai dan penjual DVD di jalan kaki lima; tetapi KPDNKK jarang menjalankan OPS sehingga sindiket DVD cetak rompak begitu berani mengedar bahan cetak rompak ke semua kompleks di seluruh Sabah tanpa takut kena diserbu pihak berkuasa KPDNKK.

Kami sebagai seorang pembayar cukai di Malaysia amat kecewa kerana kerajaan telah silap melantik Pengarah dan Pegawai penguatkuasa yang malas melaksanakan tugas untuk membanteras kegiatan haram tapi hanya setiap hari berada di pejabat menunggu sindiket datang bayar ‘Saham’.

Mungkin Pejabat KDNKK terletak di kampung Kiulu atau Menumbok dan pegawai penguatkuasa hanya sebulan dua kali ke bandaraya Kota Kinabalu dan tidak tahu kegiatan cetak rompak tanpa sijil B dijual secara terbuka di semua Premis Kedai VCD di semua kompleks membeli belah.

Kami hairan kenapa KPDNKK tidak tahu kilang sindiket yg mengeluarkan DVD dengan LOGO (DVD 9). DVD cetak rompak dgn logo ‘DVD 9’ berwarna coklat bererti wayang baru ditayangkan di pawagam dan belum ‘tearing’. Logo DVD 9 yang berwarna biru bererti rakaman Clear Copy. Macam mana kami orang awam boleh tahu tapi Pegawai KPDN tidak tahu? Logikkah?

Mungkin dengan logo DVD 9 sebagai tanda supaya KPDN tidak boleh kacau kerana DVD cetak rompak dikeluarkan oleh Kilang Dimiliki oleh Menteri atau Ketua Pengarah punya kroni?.

Kami marah kerana pembeli ditangkap dan dituduh di mahkamah sedangkan kesemua l DVD cetak rompak dijual secara terbuka di seluruh Malaysia. Logo DVD 9 yang dibekal kepada semua penjual tanpa takut kepada pihak berkuasa. Kami ingin tahu siapa dan kilang kebal tersebut ini. Kami juga harap Pihak berkuasa lain seperti CCID dan Finas akan ambil tindakan kerana KPDNKK tidur dan hanya tahu menerima rasuah.

Salam Hormat,

HANG JEBAT SABAH

1 comment: