Tuesday 31 May 2011

MAHFUZ SERU RAKYAT TOLAK KEZALIMAN BN



Oleh : MEDIA PAS SABAH

NAIB Presiden PAS, Dato’ Hj.Mahfuz Hj.Omar menyelar tindakan Umno Sabah melalui Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang bertindak mengeluar arahan menutup PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) di Sandakan baru-baru ini sebagai ‘Tidak Bertamaddun’.

Di kesempatan ini, Mahfuz juga turut mengucapkan ‘Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan’ sempena dengan perayaan Pesta Kaamatan bagi negeri Sabah.

Mahfuz mengingatkan bahawa rakyat Sabah patut menolak UMNO dan parti komponennya,serta menyarankan kepada rakyat supaya sedar dan melakukan perubahan bersama Pas dan Pakatan rakyat di Sabah.

Sempena cuti khas Kaamatan di Sabah, beliau turut memuji langkah program Penerangan PAS Sabah di bawah Ketua Penerangan, Hisammuddin Hj.Sulaiman; apabila baru-baru ini berjaya menganjurkan program sambutan Pesta Kaamatan mengikut prinsip ISLAM, bersama rakyat di Kampung Batu Lugiyan, Sook, Sabah.

Naib presiden Pas itu, menyeru rakyat Sabah menyokong ‘Buku Jingga’ yang akan memberikan inspirasi dalam memulihkan ekonomi negeri Sabah.

Malang bagi rakyat Sabah, kata Mahfuz, apabila Bank dunia mengiktiraf Sabah sebagai negeri termiskin di Malaysia. Inikah balasan UMNO kepada rakyat Sabah setelah 48 tahun mengorbankan kepentingannya dalam Malaysia?

No comments:

Post a Comment