Sunday 29 May 2011

MASIDI NAFI ISU 80,000 GURU SEMENANJUNG



Oleh: MUTALIB M.D

RAKYAT Sabah diminta tidak mengutuk Kerajaan Negeri Sabah yang tidak berbuat sesuatu berhubung isu penghantaran 80,000 guru Semenanjung ke Sabah dan Sarawak kerana fakta berkenaan tidak benar.

Menteri Kabinet Sabah yang bertanggung jawab terhadap potfolio Pelajaran di Sabah, Datuk Masidi Manjun ketika dihubungi Sabahkini.net sebentar tadi mengatakan jumlah yang dilaporkan tidak tepat dan dipolitikkan.

“Berita itu tidak betul dan tidak begitu lojik kerana jumlah keseluruhan guru di Sabah hanya sekitar 36,000 orang dan kemungkina jumlah guru di Sarawak lebih kecil. Jumlah guru-guru Semenanjung yang berkhidmat di Sabah cuma sekitar 20 peratus sahaja,” ujar Masidi yang juga Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar.

Bagaimanapun kata Masidi, beliau akan membuat pengumuman rasmi esok setelah menerima maklumat rasmi daripada Ketua Pengarah Pelajaran.

“Beliau mengesahkan tidak bahawa dirinya atau KPM tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai isu pertukaran 80,000 guru Semenanjung ke Sabah dan Sarawak kerana beritu itu tidak ada asas sama sekali,” kata Masidi lagi.

Dalam pada itu, Menteri Kemajuan Tanah Sarawak, Dato’ Sri James Masing ketika dihubungi mengakui terdapat kesilapan pada angka kemasukan guru dari Semenanjung Malaysia seperti yang disiarkan dalam akhbar kelmarin.

“Sebenarnya sekitar 18,000 sahaja. Angka (80,000) itu salah. Saya dimaklumkan angka yang salah,” katanya kepada media semalam.

Bagaimanapun Masing mengakui, kecil atau besar angka kemasukan itu, ia tetap akan meninggalkan impak negatif terhadap penduduk tempatan kerana tetap menyumbang kepada peningkatan tahap pengangguran warga tempatan di negeri ini.

No comments:

Post a Comment