Friday 20 May 2011

MOCS JANGAN PERSOALKAN KEWIBAWAAN MUSA?



Oleh : KREW SABAHKN.NET

KEJAYAAN dan perjuangan murni Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglim Musa Haji Aman meletakan Negeri Sabah berada dalam kedudukan yang tinggi setanding dengan negeri-negeri lain di negara ini, di samping kejayaan serta kecekapannya memulihkan ekonomi negeri sejak beliau memimpin Sabah adalah merupakan kewibawaan yang tidak seharusnya dipersoalkan.

"Saya mempersetujui kenyataan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO ketika berucap merasmikan pembukaan Persidangan delegasi UMNO Pensiangan di Keningau, yang menaruh penuh keyakinan terhadap kepimpinan Musa yang bukan sahaja berjaya meletakan Sabah di tahap tertinggi malahan berjaya menstabilkan lanskap politik di negeri di Bawah Bayu ini,"

Seorang ahli UMNO Cawangan Seri Bayu, Tuaran yang juga seorang aktivis politik Veteran Sabah, Haji Ghulabdin Enjih yang mengulas gesaan Movement For Change Sabah (MoCS) untuk mengubah kepimpinan negeri adalah satu pernyataan jumud, tidak masuk akal, tidak berfakta dan tidak munasabah dikemukakan kerana bukti jelas kepimpinan Musa adalah yang terbaik pada ketika ini.

Haji Ghulabdin yang juga Mantan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Tuaran meminta wakil MoCS, Datuk Abdul Razak Datuk Abdul Salam melihat dari sudut positif akan kemampuan Musa menerajui kepimpinan yang telah dapat membawa banyak perbubahan lanskap politik di negeri ini yang pada keselutuhanya diterima oleh rakyat pelbagai kaum dan lapisan.

"Sejajar dengan amalan demokrasi yang berlaku di negeri ini, saya fikir ruangan terbuka kepada Datu Razak dan MoCS merubah kepimpinan negeri hanya dengan menyertai Pilihanraya Umum ke 13 kerana perubahan yang diinginkan rakyat boleh diterjemahkan mereka menerusi pilihanraya yang diadakan dalam setiap lima tahun dan bukanlah terbaik bagi kumpulan ini mendesak kepimpinan negeri diubah hanya melihat dari sudut negatif semata-mata," kata Haji Ghulabdiin yang menganggap kehadiran MoCS sebagai badan lain yang boleh sekadar memberikan pandangan.

Haji Ghulabdin yang juga Timbalan Pengerusii Koperasi Serbaguna SANYA Berhad (KOSAN), secara peribadi meminta MoCS agar memberikan tumpuan kumpulan itu terhadap menyiapkan diri untuk mendepani Pilihanraya Umum ke 13 yang akan diadakan bila-bila masa dari sekarang serta bersikap rasional terhadap pelbagai pencapaian kerajaan Sabah terutama pengukuhan perpaduan rakyat yang telah dilakukan oleh Musa dan Barisan Nasional sejak memerintah negeri ini.

Beliau juga berharap MoCS menerima hakikat bahawa kejayaan memenangi pilihanraya negeri yang diterajui Musa pada masa lepas adalah petanda yang rakyat negeri ini memberikan sokongan padu terhadap kepimpinannya yang juga merupakan Pengerusi BN Negeri Sabah.

"Saya tidak ingin menyoal apakah yang MoCS boleh lakukan kerana kumpulan ini belumpun menerima sokongan rakyat, namun adalah wajar jika saya secara peribadi meminta agar kumpulan iini tidak membuat tangapan salah terhadap kepimpinan Musa yang sehingga kini mempunyai rekod baik yang telahpun diiketahui rakyat. Jika MoCS ingin menjadi pilihan rakyat saya mencadangkan kumpulan baru ini memaparkan kepada umum apakah yang boleh mereka buat yang dapat mengatasi rekod perkhidmatan terbaik BN kepada rakyat pelbagai kaum di negeri ini," kata Haji Ghulabdin lagi.

Sementara itu, Haji Ghulabdin juga mengakui perlu berlaku beberapa penambahbaikan dalam pentadbiran kerajaan sejajar dengan harapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tranformasii itu berlaku dalam pentadbiran dan juga dalam lanskap politik BN sendiri dan dengan yang demikian tidak perlulah MoCS memberikan gesaan perubahan kerana ia sedang dan akan dilakukan sendiri oleh pimpinan kerajaan.

No comments:

Post a Comment