Tuesday 24 May 2011

MUNGKINKAH SABAH DILANDA TSUNAMI POLITIK?



Saudara Pengarang,

SAYA merupakan salah seorang penduduk Sandakan yang menghadiri Ceramah Perdana, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) baru-baru ini di dewan sekolah SM Yu Yuan, Sandakan.

Untuk pengetahuan para pembaca Sabahkini.net, saya bukanlah ahli ataupun penyokong mana-mana parti politik di negara ini. Justeru itu, pandangan saya dalam surat saya ini adalah bersifat neutral tanpa memihak kepada parti BN ataupun PKR.

Ini adalah kali pertama saya menghadiri ceramah politik kerana selama ini saya beranggapan bahawa setiap ceramah politik yang dianjurkan adalah sebuah 'Pertunjukan Wayang Kulit Politik' yang bosan dengan ucapan yang berjela-jela dan sekadar ingin meminta simpati rakyat demi kelangsungan sesebuah parti politik (seperti yang saya selalu tonton dalam berita di TV!).

Tujuan utama saya menghadiri ceramah DSAI ini adalah ingin melihat secara dekat wajah seorang pemimpin pembangkang yang selalu menghiasi 'Headline' media massa dan juga media elektronik di negara kita dengan pelbagai skandal dan tuduhan.

Saya tiba di dewan SM Yuan Yuan sekitar jam 1:15 petang dan pada masa itu dewan ini masih lengang dan saya mengambil kesempatan ini duduk di barisan kedua berhadapan dengan pentas ucapan.

Pada masa itu, saya mula berfikir adakah dewan yang besar ini akan dipenuhi oleh orang ramai apabila ceramah bermula jam 2 petang? Adakah orang Sandakan berminat menghadiri sebuah ceramah yang dianjurkan oleh sebuah parti pembangkang yang diketuai oleh seorang pemimpin yang dipalit dengan pelbagai kes dan tuduhan?

Sekitar jam 2 petang acara dimulakan dengan ucapan dari para pemimpin pembangkang sementara menunggu ketibaan DSAI pada jam 3 petang dan pada masa itu juga, Dewan SM Yu Yuan sudah dipenuhi oleh orang ramai sehinggakan ramai yang sanggup berdiri di luar dewan demi mendengar ucapan DSAI.

Tetapi seperkara yang membuatkan saya terkejut ialah kehadiran begitu ramai sekali kaum Tionghua. Ini kerana anggapan pertama saya, semasa membuat keputusan menghadiri ceramah ini ialah saya akan 'diapit' dan 'dikelilingi' oleh kaum Melayu.

Tetapi anggapan saya ini ternyata meleset sama sekali kerana boleh dikatakan separuh daripada hadirin yang berada di dewan SM Yu Yuan kelmarin adalah kaum Tionghua.

Saya mula berfikir di dalam hati saya, apakah akan terjadi sekiranya pemimpin pembangkang lain seperti Lim Kit Siang, Datuk Nik Aziz dan Karpal Singh sama-sama menghadiri ceramah ini?

Saya rasa penganjur ceramah ini terpaksalah menyewa tempat ceramah yang dua kali lebih besar dari Dewan SM Yu Yuan ini!. Orang ramai di dalam dewan ini begitu teruja apabila DSAI sampai tepat jam 3 petang.

Apa yang boleh saya katakan mengenai ceramah DSAI ialah, beliau mempunyai aura dan juga 'feel' yang boleh membuatkan orang ramai terpaku dengan ucapannya. Antara intipati ucapan beliau ialah mengenai air percuma di Selangor, pemberian wang kepada warga tua di Pulau Pinang, ketidakseimbangan royalti minyak dari Petronas kepada Sabah dan isu semasa yang lain.

Kesimpulan yang boleh saya berikan dari ceramah DSAI ini ialah, para wakil rakyat di Sandakan haruslah berkerja lebih keras dalam memperjuangkan kesenangan penduduk Sandakan.

Wakil-wakil rakyat seperti Datuk Raymond Tan, Datuk VK Liew, Au Kam Wah, Datuk Peter Pang, Datin Linda Tsen, Datuk Shamsudin Yahya, Datuk Zakaria Edris dan juga Datuk Juslie Ajirol haruslah lebih rajin dan berusaha dalam membawa lebih pembangunan kepada penduduk Sandakan.

Anda semua hendaklah segera mengumumkan sebarang projek pembangunan yang dapat menarik minat penduduk Sandakan untuk memilih anda sekalian menjadi wakil rakyat sebelum pilihanraya umum ke 13 tiba.

Tetapi janganlah hanya membuat pandai membuat janji kosong politik tetapi tidak pandai menunaikannya seperti projek menaiktaraf Lapangan Terbang Sandakan yang masih belum dilaksanakan walaupun projek ini dijanjikan semasa pilihanraya umum ke 12 lagi.

Sekiranya anda semua masih dibuai mimpi di kerusi 'empuk' anda, nescaya kerusi kerusi di kawasan bandar seperti DUN Tanjung Papat, Elopura, Karamunting, Batu Sapi ataupun Parlimen Sandakan akan tumbang di tangan pembangkang seperti apa yang berlaku pada pilihanraya umum Sarawak, baru-baru ini.

Salam Hormat,

STEVE.

1 comment:

  1. Pada Pilihanraya Sarawak saya datang ke Bandar Miri kerana ingin mendengar ceramah DSAI. Saya tak menyebelahi sesiapa, secara jujur apa yang dikatakan DSAI itu fakta yang benar. Orang Cina percaya Annuar kerana berkata Benar. Dan segelintar orang pri-bumi Sarawak percaya bahawa Annuar berkata benar. Apa yang Benar?. Royalti minyak 5%...Sampai bila kita harus menerima 5%? Dulu minyak sekitar USD10-20 setong. Sekarang dah USD115-120 setong. Kita di tampuk yang lama 5%. Janji DSAI nak bagi 15%-20% kalau PR menang. Itu janji yang boleh di terima...Dah 30 tahun dengan 5% kenapa BN negeri tak mintak 15-20%? Sebeb hidung mereka sudah di cucuk oleh orang Malaya!!!..Jalan raya...Lihatlah jalan raya di semenanjung. Lebuhraya Utara! mana-mana sajalah..semuanya bagus!..Jalan Sarawak-Sabah?..Kita pasti memaki-maki kalau melaluinya..Apa janji Annuar..Baiki jalan-jalan raya di Sabah seperti apa yang ada di Semenanjung..Itu janji yang Baik. Apa kata pemimpin BN??..Tak ada. Di Sarawak CMS sapu semua...Jalan bertambah teruk. Di Sabah?? Lagi teruk..Jalan dari KK ke Beoufort...Lompat-lompat kereta geng...Nak kata pemimpin...Rakyat Sabah jangan mimpi nak jadi Perdana Menteri. Walau pun layak...Apa kata utusan Malaysia baru-baru ni?..Sedihnya kita di sabah ni...DI jajah olah orang Malaya...Insaflah...Adalah satu kesilapan kita menerima United Malay National Org (UMNO) masuk ke Sabah. Sapatutnya kita bolah berjuang di bawah Parti orang Sabah...USNO tu bolah berjuang, tapi dr.M sengaja memusnahkannya demi untok UMNOnya..

    ReplyDelete