Sunday 15 May 2011

PANTAU ANAK-ANAK LAYARI LAMAN WEB



SAMPAIKAN ……Abdul Rahman sedang menyampaikan hadiah kepada salah seorang pelajar cemerlang sambil diperhatikan oleh Jenteh (tiga dari kanan), Nandra (kiri sekali) pada majlis itu.


Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI

AHLI Parlimen Malaysia (Kota Belud), Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan menasihati ibubapa supaya sentiasa memantau anak-anak mereka ketika melayari laman web bagi memastikan lahirnya masyarakat berilmu pengetahuan dan berdaya saing dalam bidang IT.

Ketika merasmikan majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Kuala Abai, Kota Belud, baru-baru ini Abdul Rahman meminta PIBG memastikan ibubapa menapis maklumat melalui sumber laman web kerana tugas berkenaan wajib dipikul ibu bapa dan penduduk kampung itu sendiri, sekalipun agak sukar kerana internet adalah dunia tanpa sempadan.

Katanya, walaubagaimanapun kerajaan sanggup mengambil risiko tersebut untuk memberi tanggungjawab itu kembali kepada rakyat, kembali kepada ibu bapa menapis maklumat yang diperolehi menerusi lama web secara bijaksana.

Hadir sama pada majlis itu antaranya ialah Guru Besar SK Kuala abai, Kota Belud, Jenteh Umbang, Yang Di-Pertua PIBG SK Kuala Abai, Kota Belud, Nandra Hitong serta para pemimpin setempat yang lain.

No comments:

Post a Comment