Tuesday 17 May 2011

PAS SABAH SELAR KENYATAAN LIAR KURUP



Oleh: FAIZAL OKADAU

Merujuk kepada laporan Sabahkini.net bertajuk ‘Demonstrasi Jalanan Bahaya’, Ketua Penerangan Pas Negeri Sabah, Hisammuddin Sulaiman menyelar dakwaan Tan Sri Josep Kurup yang menyatakan bahawa kehadiran penduduk kampung ke Mahkamah Anak Negeri Pekan Kecil Sook bertujuan ingin mengadakan demonstrasi jalanan semata-mata.

Ahli Parlimen Pensiangan itu dilaporkan berkata demikian di Majlis Perasmian Balai Masyarakat Kg.Lintuhun Baru, Sook. Di majlis itu, Kurup mengulas tindakan beberapa orang yang telah mengadakan demonstrasi jalanan di hadapan Pejabat Daerah Kecil Sook.

Bagi Ketua Penerangan PAS Sabah, ucapan Kurup itu berbentuk mengugut orang dan mengertak orang kampung, tetapi seribu macam masalah termasuk rumah pemujaan penduduk yang dirobohkan itu tidak dapat diselesaikan.

Ahli Parlimen Pensiangan itu, dingatkan jangan hanya pandai bermain dengan kata-kata, tetapi penyelesaian dan tuntutan penduduk kampung yang terlibat dengan rampasan tanah hendaklah diselesaikan segera.

Kurup juga diminta jangan jadikan penduduk kampung sekadar alat politik sahaja seolah-olah takut dengan bayang-bayang sendiri; apatah lagi kehadiran Pas adalah penyelamat rakyat.

Untuk makluman, kehadiran Ketua Penerangan Pas Sabah pada hari itu adalah atas arahan Pas Negeri Sabah adalah untuk menyaksikan proses prosiding Mahkamah Anak Negeri.

Secara kebetulan, pakaian penduduk-penduduk kampung pada hari tersebut adalah pakaian suku etnik yang ada dalam kalender Tourism Sabah. Tiada sebarang kekacauan dan huru hara.

“Pihak Polispun tidak mengkelaskan sebagai demonstrasi. Kehadiran mereka dalam keadaan aman. Jangan bermain dengan kata-kata sehingga melupakan perkara yang sebenarnya yang harus diselesaikan,” ujar Hishamuddin lagi.

No comments:

Post a Comment