Tuesday 24 May 2011

PEMECATAN AZMAN BUKTI UMNO SABAH TENAT



Oleh : MEDIA PAS

KETUA Penerangan Badan Perhubungan Pas Negeri Sabah, Hisammuddin Hj.Sulaiman, mengganggap pengguguran Ketua Pemuda Umno Bahagian Keningau, Azman Hj.Ruslan sebagai Ketua Pemuda Umno Negeri Sabah berkuatkuasa 29 April lalu berpunca daripada krisis dalaman Umno Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Panglima Musa Hj.Aman.

Krisis dalaman yang sedang berlaku dalam UMNO sampai ke kemuncaknya dan sudah tiba masanya untuk rakyat Sabah sedar dan bangkit untuk menolak UMNO dan parti komponennya yang lain di Sabah ini.

Rakyat Sabah perlu sedar tentang isu ini. Umno sudah lama memerintah Sabah dan prasarana serta infranstruktur rakyat masih di tahap yang sederhana berbanding dengan negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Pengguguran Azman yang dibantah oleh pimpinan Umno Keningau dilihat serius kerana Badan Perhubungan Umno negeri hanya menjadi ‘penonton setia’ kepada pemecatan Azman tersebut.

Hisammuddin menjelaskan bahawa corak dan layanan UMNO kepada pimpinan mereka sendiri begitu teruk, apatah lagi layanan kepada rakyat.

“Kenapa Datuk Musa dan Wakil Rakyat Liawan, Datuk Sairin Karno membisu seribu bahasa apabila Khairy memecat Azman,” soal Hisammuddin.

“Perkara ini sememangnya menyedarkan kita bahawa UMNO perlu ditukar untuk pilihanraya ke-13 ini dengan Pas dan Pakatan Rakyat,” luah Hisammuddin yang juga merupakan YDP Pas Kawasan Keningau.

No comments:

Post a Comment