Tuesday 17 May 2011

UMNO BERCAKARAN, PEMBANGKANG UNTUNG



KESAL...Jaafar (berkacamata hitam) pemimpin UMNO terus bertelagah sesama sendiri.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

PILIHANRAYA umum ke 13 (PRU 13) sudah semakin hampir tetapi nampaknya ada beberapa pemimpin UMNO di Sabah bergelombang dengan kemelut bercakaran sesama sendiri, sehingga timbulnya puak-puak. Apakah ini satu kenyataan atau sandiwara politik sahaja?

Senario ini semakin jelas apabila Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Haji Shafie Apdal terus bersengketa dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj Aman.

Ketua Cawangan UMNO Jalan Panglima Adam, Jafar Mustapha (gambar) menyatakan demikian dalam satu kenyataannya kepada Sabahkini.Net ketika sebagai mengulas artikel bertajuk ‘Bukan Saja Ceroboh, Malah Kurang Ajar’ seperti yang tersiar di portal ini.

“Sebagai ahli UMNO, saya hairan dan amat terkilan kerana perkara ini boleh menjejaskan nama baik pemimpin yang dihormati. Ahli-ahli UMNO seharusnya fokus kepada agenda persediaan menghadapi pilihanraya umum (PRU 13) yang sudah semakin hampir dan bila-bila masa sahaja diadakan dari sekarang, kenapa kemelut bercakaran sesama sendiri terus berlarutan?” kata Jaafar yang menyifatkan sikap individu sedemikian tidak menguntungkan UMNO, sebaliknya menyuburkan pengaruh pembangkang.

Tambah Jafar lagi, soal untuk merebut jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah sepatutnya diketepikan dahulu kerana apa yang penting mulai sekarang ialah kerja kuat untuk mempastikan kemenangan BN/UMNO pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

“Saya berterus terang tidak memihak kepada mana-mana blok tetapi yang penting agenda perjuangan UMNO. Soal perlantikan, turun atau naiknya pemimpin itu, adalah kehendak Alllah swt yang menentukan qada dan qadar seseorang itu. Sebagai ahli UMNO, saya inginkan perpaduan dalam UMNO terus mantap dan sedia terjalin demi menjamin keutuhan perjuangan UMNO, khususnya bagi menempuh kejayaan yang lebih besar dalam PRU 13 nanti,” tegas Jaafar.

Sambungnya, kalau kemelut bercakaran berterusan, maka ini jelas memberi peluang kepada parti pembangkang sendiri, kerana dalam barisan dan kepimpinan UMNO sendiri sudah retak sehingga berlakunya perpecahan antara satu sama lain, khususnya ahli-ahli UMNO.

Apabila parti pembangkang mengetahui krisis dan pertelingkaan antara pemimpin atasan UMNO semakin jelas, kata Jaafar, akan menjadi bahan ejekan dan peluang besar kepada pihak pembangkang untuk memenangi beberapa kerusi di kawasan yang ditandingi calon-calon BN daripada parti UMNO.

“Sebagai penentuan siapa yang layak menyandang jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah pada akan datang, perkara ini harus diserahkan kepada pucuk kepimpinan UMNO pusat dan bergantung di atas kebijaksanaan Presiden UMNO yang membuat pilihan,” kata Jaafar yang menegaskan sama ada Datuk Seri Musa Hj. Aman kekal sebagai Pengerusi BPUNS ataupun jatuh ke tangan pemimpin lain seperti Datuk Seri Salleh Tun Said atau Datuk Seri Shafie Apdal atau sesiapa sahaja

No comments:

Post a Comment